SINAR bawakan anda pengalaman hiburan yang lain daripada yang lain! Kali ini, kami tampil dengan peluang eksklusif untuk menyaksikan Wali Live in JB khas buat anda yang sukakan hiburan yang menggamit memori! Bersedia untuk malam penuh dengan momen yang memang havoc! 🎤🔥
WALI LIVE IN JB akan berlangsung pada 3 Oktober 2026 (Sabtu), jam 8 malam di Stadium EduCity Sports Complex, Iskandar Puteri, Johor. Konsert ini meraikan 25 tahun perjalanan Wali Band, dengan lagu-lagu popular seperti Cari Jodoh, Baik-Baik Sayang, Yank dan Aku Bukan Bang Toyib dijangka menjadi antara tarikan utama.
Menariknya, Najwa Latif turut dijemput sebagai penyanyi istimewa untuk memeriahkan persembahan. Sambutan juga dilaporkan sangat menggalakkan dengan *lebih 10,000 tiket sudah terjual, termasuk ramai peminat dari Singapura.
Jangan lepaskan peluang, sertai peraduan ini sekarang untuk menangi sepasang tiket ke konsert ini! Mana tahu, anda dan insan tersayang antara yang bertuah untuk jadi sebahagian daripada malam penuh gempak ini! 🎟️✨
Lokasi: Stadium EduCity Sports Complex, Iskandar Puteri, Johor
Tarikh: 3 Oktober 2026
Masa: 8:00pm