SINAR bawakan anda pengalaman hiburan yang lain daripada yang lain! Kali ini, kami tampil dengan peluang eksklusif untuk menyaksikan Faizal Tahir: Suara Rakyat khas buat anda yang sukakan hiburan yang menggamit memori! Bersedia untuk malam penuh dengan momen yang memang havoc! 🎤🔥
Faizal Tahir: Suara Rakyat ialah konsert solo Faizal Tahir yang akan berlangsung pada 3 Oktober 2026 (Sabtu) di Unifi Arena, Bukit Jalil. Konsert ini istimewa kerana turut meraikan 20 tahun perjalanan Faizal dalam industri muzik, bermula sejak kemunculannya menerusi One in a Million pada 2006.
Lebih daripada sekadar persembahan lagu, Suara Rakyat membawa konsep meraikan hubungan Faizal dengan peminat serta karya-karya yang menemani perjalanan dua dekadnya. Sebanyak 27 lagu dijangka dipersembahkan, merangkumi karya popular seperti Hanyut, Mahakarya Cinta, Assalamualaikum dan Ragaman, termasuk lagu daripada album terbaharunya, Jati Diri.
Jangan lepaskan peluang, sertai peraduan ini sekarang untuk menangi sepasang tiket ke konsert ini! Mana tahu, anda dan insan tersayang antara yang bertuah untuk jadi sebahagian daripada malam penuh gempak ini! 🎟️✨
Lokasi: Unifi Arena, Bukit Jalil
Tarikh: 3 Oktober 2026
Masa: 8:00pm