SINAR bawakan anda pengalaman hiburan yang lain daripada yang lain! Kali ini, kami tampil dengan peluang eksklusif untuk menyaksikan HUJAN XX: Hujan 20 Tahun khas buat anda yang sukakan hiburan penuh energi! Bersedia untuk malam penuh dengan momen yang memang havoc! π€π₯
HUJAN XX: Hujan 20 Tahun merupakan konsert istimewa yang dianjurkan bagi meraikan dua dekad perjalanan kumpulan indie rock popular Malaysia, Hujan. Dianggotai oleh Noh Salleh, AG Coco, Izzat, Aciu dan Juhari, Hujan telah mencipta fenomena tersendiri dalam industri muzik tempatan menerusi lagu-lagu ikonik seperti Pagi Yang Gelap, Aku Skandal, Mencari Konklusi dan Bila Aku Sudah Tiada. Konsert ini menjadi simbol penghargaan kepada peminat yang setia menyokong perjalanan muzik mereka sejak tahun 2005.
Lebih daripada sekadar persembahan muzik, HUJAN XX: Hujan 20 Tahun menjanjikan pengalaman penuh nostalgia dengan himpunan lagu-lagu terbaik yang telah membentuk identiti kumpulan tersebut sepanjang dua dekad. Peminat bakal dibawa mengimbau kembali era kegemilangan muzik indie tempatan sambil menikmati persembahan bertenaga yang meraikan legasi Hujan sebagai antara kumpulan paling berpengaruh dalam sejarah muzik Malaysia. πΈβ¨
Jangan lepaskan peluang, sertai peraduan ini sekarang untuk menangi sepasang tiket ke konsert ini! Mana tahu, anda dan insan tersayang antara yang bertuah untuk jadi sebahagian daripada malam penuh gempak ini! ποΈβ¨
Lokasi: Stadium Hoki Bukit Jalil
Tarikh: 27 Jun 2026 (Sabtu)
Masa: 8:30pm
