SINAR bawakan anda pengalaman hiburan yang lain daripada yang lain! Kali ini, kami tampil dengan peluang eksklusif untuk menyaksikan The Grand Slam Unplugged 2 Concert khas buat anda yang sukakan hiburan penuh energi! Bersedia untuk malam penuh gelak tawa, muzik dan momen yang memang havoc! 🎤🔥
The Grand Slam Unplugged 2 bakal mengembalikan nostalgia peminat muzik tanah air apabila kumpulan legenda Slam kembali mengadakan konsert berskala besar pada 20 Jun 2026 di Mega Star Arena, Kuala Lumpur. Konsert ini merupakan kesinambungan kepada persembahan ikonik The Grand Slam Unplugged yang berlangsung pada tahun 1996 di Stadium Merdeka, yang sehingga kini masih dikenang sebagai antara konsert paling bersejarah dalam industri muzik tempatan.
Lebih daripada sekadar mengimbau kenangan, The Grand Slam Unplugged 2 menjanjikan pengalaman baharu menerusi susunan muzik akustik yang lebih matang dan emosional. Selain menampilkan lagu-lagu malar segar Slam, konsert ini turut dimeriahkan dengan kemunculan tiga gitaris legenda tanah air iaitu JoBranko, Kid Search dan Aznan Alias, menjadikan persembahan ini sebagai sebuah penghargaan kepada karya, pemuzik dan peminat yang setia menyokong Slam selama lebih tiga dekad.
Jangan lepaskan peluang, sertai peraduan ini sekarang untuk menangi sepasang tiket ke konsert ini! Mana tahu, anda dan insan tersayang antara yang bertuah untuk jadi sebahagian daripada malam penuh gempak ini! 🎟️✨
Lokasi: Mega Star Arena
Tarikh: 20 Jun 2026 (Sabtu)
Masa: 8:30pm
