Fall 2: Deadpoint ialah filem thriller survival yang mengisahkan Jax Hunter, yang masih dihantui kesedihan selepas kehilangan adiknya, Shiloh. Bersama Luce, sahabat berani milik arwah adiknya, Jax mengambil keputusan untuk mencabar plank walk yang terkenal berbahaya di Mount Kwan, Thailand sebagai cara untuk mengenang Shiloh dan mencari penutup kepada kesedihannya.
Namun, perjalanan mereka bertukar menjadi mimpi ngeri apabila kejadian tanah runtuh menyebabkan mereka terperangkap di atas laluan sempit yang berada ribuan kaki dari tanah. Tanpa jalan mudah untuk melarikan diri, Jax dan Luce terpaksa melawan rasa takut, cuaca ekstrem serta keadaan yang semakin mencabar demi terus hidup. Fall 2: Deadpoint menjanjikan aksi mendebarkan dan ketegangan ketinggian yang bakal membuat penonton kecut perut.
![]()
SINAR nak belanja anda menonton filemFall 2: Deadpoint Jangan lepaskan peluang untuk menjadi antara yang terawal menyaksikan filem seram yang dinanti-nantikan ini di pawagam pada:
Tarikh: Selasa, 1 September 2026
Masa: 8:30pm
Tempat: GSC 1 Utama
Caranya jawab 1 soalan mudah dan lengkapkan slogan kreatif di bawah ini.