
Gambar: JKM
Kesihatan mental masih sering disalah faham. Ramai yang bergelut dengan ‘Major Depressive Disorder (MDD), Bipolar Disorder dan Skizofrenia’ bukan sahaja berdepan cabaran dalaman, tetapi juga stigma masyarakat. Dalam keadaan ini, ramai tertanya-tanya mengenai perlukah mohon Kad OKU? Susah ke prosesnya? Dan apa sebenarnya manfaatnya?
Advertisement
Di Malaysia, individu dengan gangguan mental yang disahkan oleh pakar psikiatri layak memohon Kad Orang Kurang Upaya (OKU) di bawah kategori Masalah Pembelajaran / Mental melalui Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM).
Ia bukan label kelemahan tetapi pengiktirafan rasmi bahawa anda berhak mendapat sokongan dan perlindungan.
Berikut antara kelebihan sebenar yang disediakan kerajaan dan agensi berkaitan:
Bantuan Kewangan (JKM)
Elaun Pekerja OKU: RM450 sebulan (tertakluk syarat pendapatan & kelayakan)
Bantuan lain seperti Bantuan OKU Tidak Berupaya Bekerja (BTB) jika tidak bekerja
Rawatan Kesihatan
Rawatan di hospital kerajaan: PERCUMA (termasuk wad, ubat, susulan)
Subsidi atau pengecualian caj di hospital tertentu (separa kerajaan)
Ubat psikiatri mahal juga ditanggung jika dalam sistem kerajaan
Pengangkutan Awam
RapidKL, MRT, LRT, Monorel, bas terpilih: PERCUMA atau diskaun besar
ETS & KTM: diskaun tambang (biasanya 50%)
Cukai & Kewangan
Pelepasan cukai individu OKU (LHDN)
Pelepasan tambahan untuk penjaga/ibu bapa OKU
Diskaun tertentu untuk pembelian peralatan sokongan

Gambar Hiasan
Lesen Memandu & Cukai Jalan
Diskaun atau pengecualian cukai jalan (roadtax) (bergantung kategori & kelulusan JPJ)
Kemudahan berkaitan lesen memandu
Peluang Pekerjaan
Akses kepada Program Pekerjaan OKU (insentif kepada majikan)
Kuota pengambilan OKU dalam sektor awam (sasaran kerajaan: 1%)
Pendidikan & Latihan
Akses kepada latihan kemahiran khas dan program pemulihan
Sokongan pendidikan tertentu melalui agensi kerajaan
Perumahan & Bantuan Sosial
Keutamaan dalam skim tertentu seperti Projek Perumahan Rakyat (PPR)
Bantuan kebajikan tambahan bergantung kes
Secara ringkas, prosesnya tidak rumit jika dokumen lengkap:
Dapatkan pengesahan pakar psikiatri (hospital kerajaan/swasta)
Isi borang permohonan JKM (boleh online atau di pejabat)
Sertakan laporan perubatan
Hantar & tunggu kelulusan
Tempoh bergantung kepada kes, tetapi kebiasaannya beberapa minggu hingga bulan.

Gambar Hiasan
Walaupun manfaatnya banyak, satu perkara yang sering diluahkan pemegang kad ialah stigma masyarakat. Ada yang dipandang rendah, tidak difahami di tempat kerja dan sering disalah anggap sebagai lemah dan bermasalah.
Ini realiti yang masih perlu diubah. Namun penting untuk difahamkan bahawa kad OKU dapat memastikan anda mendapat hak yang sepatutnya.
Sumber: JKM