HEFNY SAHAD
Hefny atau Mohamed Hefny Sahad (lahir 20 Ogos 1987) merupakan seorang pengacara televisyen, model dan pelakon lelaki Malaysia yang juga dikenali sebagai personaliti radio di SINAR. Beliau mula mencuri perhatian apabila muncul sebagai naib juara dalam pertandingan pencarian bakat penyiaran, On Air yang disiarkan di Astro Ria. Sejak itu, Hefny terus aktif dalam industri hiburan tanah air dan dikenali dengan personalitinya yang ceria, spontan serta mudah mesra bersama pendengar dan penonton.