Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

tip sana sini

Lancarkan Perjalanan Anda Pulang Ke Kampung Dengan 5 Tip Ini

Pastikan kenderaan anda berada dalam keadaan terbaik sebelum memulakan perjalanan.

Setelah sebulan berpuasa, tibalah masa menyambut hari raya. Bayangkan keenakan pelbagai hidangan istimewa yang tersedia sepenuh meja, biskut raya beraneka jenis dan kemeriahan suasana apabila keluarga berkumpul di kampung halaman. Anak-anak kecil seronok berlari berkejaran dengan sepupu sanak saudara yang jarang berjumpa, para ibu sibuk memasak dan mengemas rumah manakala para bapa dengan kerja lebih berat seperti membakar lemang dan mengacau dodol.

 

Suasana berhari raya di kampung jauh lebih meriah berbanding di bandar. Beberapa hari sebelum raya, pelita panjut mula dipasang dan malam pula meriah dengan tawa riang ahli keluarga kala sibuk dengan persiapan raya. Anda tentunya tidak mahu ketinggalan merasai kemeriahan suasana lebaran, kan? Paling penting untuk dielak tentunya kereta rosak dalam perjalanan pulang ke kampung, atau ketika dalam perjalanan mengunjungi saudara mara di musim perayaan ini kan? Periksa dan pastikan kenderaan berada dalam keadaan ‘tip top’ dengan 5 tip ini:

 

#1 Pastikan Lampu Berfungsi

Kredit: Shutterstock

Pastikan lampu kereta high beam dan low beam dalam keadaan baik. Anda perlu bersedia untuk perjalanan di waktu malam dan pada waktu hujan. Signal kanan dan kiri serta lampu brek juga perlu dipastikan dalam keadaan sempurna

 

#2 Tayar Dalam Keadaan Baik

Kredit: Shutterstock

Bukan sahaja keempat-empat tayar perlu berada dalam keadaan baik, malah penting juga untuk memastikan tayar gantian berada dalam keadaan elok. Pastikan tayar tidak botak, dinding tayar tiada benjolan dan tekanan angin di dalam tayar mencukupi. Ukur tekanan tayar dan pastikan spesifikasi tekanan adalah sesuai.

 

Setiap tayar dilengkapi dengan bar indikator haus yang menjadi cara terbaik untuk mengetahui kondisi bunga tayar kereta. Terdapat bar kecil yang melintang di tengah bunga tayar, pada alur utama setiap tayar. Tayar perlu diganti secepat mungkin sekiranya bar sudah separas dengan bunga tayar.


#3 Periksa Bateri

Kredit: Shutterstock

Bateri sel basah perlukan penjagaan rapi dan air bateri mencukupi. Anda perlu memeriksa paras air bateri agar tidak kurang dari aras maksima dan minima. Jangan isi air bateri terlalu penuh. Jika anda menggunakan bateri sel kering pula, ambil tahu bila kali terakhir anda menukar bateri. Pastikan indikator bateri menunjukkan warna hijau yang menandakan bateri dalam keadaan OK. Bateri perlu segera diganti jika indikator menunjukkan warna merah atau putih.  

 

#4 Minyak Enjin

Kredit: Shutterstock

Pemeriksaan minyak enjin antara yang paling mudah untuk dilakukan. Anda hanya perlu membuka bonet hadapan dan menarik keluar “dipstick”. Pastikan minyak enjin berada pada paras yang ditetapkan.

 

#5 Wiper Berfungsi Dengan Baik

Kredit: Shutterstock

Pastikan getah wiper yang berfungsi mengelap cermin berada dalam keadaan baik dan tidak haus. Lakukan pemeriksaan pada getah wiper dengan memancutkan air pencuci dan lihat kelancaran pergerakan wiper. Pastikan tiada garisan pada cermin yang disebabkan oleh getah wiper bermasalah.

 

Anda mencari kereta praktikal, selesa dan selamat untuk balik kampung Raya ini?

 

Proton Ertiga

 

Model MPV kompak EEV pertama di Malaysia dengan 6-tempat duduk ini sangat sesuai untuk membawa keluarga pulang ke kampung berhari raya mahupun membawa muatan yang besar dan banyak. Reka bentuknya yang menarik, menjimatkan minyak dan ruang kabin lebih luas menjadikan perjalanan jauh lebih selesa. 

 

 

Lebih menarik lagi, terdapat penyaman udara di barisan kedua untuk keselesaan penumpang di tempat duduk belakang. Model ini juga dilengkapi dengan Quick Smart Access yang memudahkan pergerakan penumpang untuk masuk dan keluar ke tempat duduk barisan ketiga hanya dengan satu sentuhan. Tempat duduk barisan ketiga ini juga mempunyai ruang meletak kaki yang luas dan selesa untuk dua orang dewasa.

 

Tempat duduk barisan kedua dan ketiga boleh dilipat untuk mendapatkan ruang yang lebih besar. Konfigurasi tempat duduk yang pelbagai ini menjadikan ruang kargo lebih fleksibel dengan keperluan pengguna. Proton Ertiga pilihan tepat untuk memberikan anda serta penumpang pengalaman perjalanan yang lebih selesa.

 

Dapatkan maklumat lanjut di sini.

 

Proton Persona

 

Proton Persona baharu ini cukup  selesa, ekonomi dan selamat kerana dilengkapi dengan ciri-ciri pintar untuk keselesaan dan kemudahan pengguna. Lebih menarik, model ini turut dilengkapi enjin baharu 1.6L Variable Valve Timing (VVT) yang memberikan lebih kuasa dan menjimatkan minyak.

 

Proton Persona baharu dilengkapi ciri keselamatan yang tinggi. Rangkanya diperkukuhkan dengan teknologi Hot Press Forming (HPF), Electronic Stability Control (ESC) dengan Traction Control (TC), turut dilengkapi sistem brek anti-kunci dan beberapa ciri keselamatan lain sehingga mendapat penarafan 5-bintang ASEAN NCAP.

 

 

Model ini juga sangat praktikal kerana mempunyai ruang simpanan yang cukup besar (510L) dan boleh ditambah dengan kerusi belakang boleh lipat dalam nisbah 60:40 yang cukup sesuai dan selesa untuk perjalanan jauh atau untuk memuatkan barangan lebih banyak.

 

Maklumat lanjut, layari sini.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.

Menarik

  • {{related.category}}

    {{related.name}}

     {{related.DocumentPublishFrom | date:"dd MMMM yyyy h:mma"}}