Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Alamak! Wanita Dipecat Majikan Selepas Kantoi Tipu Cuti Sakit, Muka Masuk TV Meraikan Kemenangan England Di Stadium!

Seorang wanita ambil cuti sakit semata-mata ingin menyaksikan perlawanan bersejarah itu.
nura
09 Jul 2021, 06:37 PM

Seorang wanita ambil cuti sakit semata-mata untuk menyaksikan kemenangan separuh akhir England di Wembley telah dipecat setelah majikannya melihat wajahnya di TV.

alamak! wanita dipecat majikan selepas kantoi tipu cuti sakit, muka masuk tv meraikan  kemenangan england di stadium!

Nina Farooqi, 37, dikatakan telah mengambil cuti dari kerjanya di Yorkshire selepas rakannya memenangi tiket untuk perlawanan bersejarah menentang Denmark.

Memetik laporan Daily Mail, wanita itu mengatakan bahawa dia mengambil cuti sakit kerana yakin majikannya tidak akan membenarkannya mengambil cuti biasa untuk menyaksikan perlawanan itu. Ditambah lagi, syarikatnya juga dikatakan mempunyai masalah kekurangan pekerja.

alamak! wanita dipecat majikan selepas kantoi tipu cuti sakit, muka masuk tv meraikan  kemenangan england di stadium!

Namun, rancangan wanita tersebut tidak berjalan seperti disangkakan. Ternyata jurukamera telah merakam wajahnya ketika dia dan rakannya sedang meraikan gol penyamaan England.

Keesokan harinya, bosnya menelefonnya dan memberitahu agar sudah tidak perlu datang lagi ke pejabat.

Nina juga mengatakan bahawa dia tidak sangka wajahnya akan dirakam oleh jurukamera dan turut merasa sedikit menyesal gara-gara penipuan yang dilakukannya.

alamak! wanita dipecat majikan selepas kantoi tipu cuti sakit, muka masuk tv meraikan  kemenangan england di stadium!

“Saya merasa sedikit menyesal, tiada siapa yang ingin dipecat tetapi saya juga akan lebih menyesal jika terlepas perlawanan tersebut. Saya akan melakukannya sekali lagi,” katanya.

Sementara itu, kemenangan Rabu lalu merupakan pencapaian bersejarah bagi pasukan England dan mengakhiri penantian 55 tahun mereka untuk layak ke final.

Sumber: Daily Mail

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.