Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

UiTM Hantar Pulang Lebih 16,000 Pelajar Sempena Sambutan Aidilfitri Mulai Jumaat Ini

Pihak universiti akan menyediakan lebih 200 kenderaan untuk melancarkan pergerakan pelajar ke seluruh negara.
nura
03 May 2021, 05:07 PM

Sempena sambutan Aidilfitri yang bakal menjelma, Universiti Teknologi Mara (UiTM) akan mulakan proses penghantaran pulang pelajar ke rumah masing-masing mulai Jumaat ini hingga 12 Mei dengan jangkaan melibatkan lebih 16,000 pelajar dari seluruh kampus.

uitm hantar pulang lebih 16,000 pelajar sempena sambutan aidilfitri mulai jumaat ini

Menurut dalam kenyataan hari ini, Pejabat Timbalan Naib Canselor Hal Ehwal Pelajar UiTM memaklumkan pihaknya menyediakan lebih 200 kenderaan melibatkan bas, kenderaan pelbagai guna (MPV) serta kereta untuk melancarkan pergerakan pelajar ke seluruh negara.

Bahkan, penghantaran pulang pelajar akan melibatkan keseluruhan 30 kampus dengan disertai lebih 700 kakitangan.

uitm hantar pulang lebih 16,000 pelajar sempena sambutan aidilfitri mulai jumaat ini

"Pihak UiTM akan mengagihkan bilangan kenderaan yang diperlukan oleh semua kampus mengikut zon setelah kesemua pelajarnya melengkapkan borang selidik yang telah diedarkan," menurut kenyataan tersebut.

Proses penghantaran pulang pelajar turut melibatkan kerjasama Majlis Perwakilan Pelajar (MPP), Jawatankuasa Perwakilan Kolej serta pelbagai jabatan bagi memastikan kelancaran dan mengikut prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Namun, jika ada pelajar yang memilih untuk terus tinggal di kampus, pihak UiTM akan terus menyantuni mereka sebaik mungkin agar suasana Aidilfitri turut diraikan bersama-sama, menurut kenyataan terbabit.

Sumber: Awani

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.