Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

10 Perkara Yang Graduan Mesti Buat Untuk Dapat Kerjaya Idaman!

Tidak susah untuk capai kerjaya impian jika tahu caranya...
18 Sep 2017, 10:54 AM

Temu duga bukanlah sesuatu yang menakutkan, tetapi kita tidak dapat lari daripada perasaan berdebar saat memasuki bilik temu duga. Perasaan dinilai itulah yang menjadikan situasi ini sedikit menggusarkan selain bimbang soalan yang ditanya di luar kotak pemikiran. Inginkan kerjaya impian? Tolak tepi perasaan kurang selesa dan ikut 10 langkah ini... Paling penting, yakin dengan kemampuan diri dan tawakal. Kata orang kalau dah rezeki tak ke mana, kan?

#1

CV bukan ditulis semberono, bukan juga meniru bulat-bulat CV orang lain. CV yang ditaip kemas, mudah dan menarik untuk dibaca beri extra points. Pastikan maklumat penting seperti jawatan yang dipohon diisi sempurna. Tonjolkan pencapaian terbaik dan terkini terlebih dahulu di halaman awal CV. Sertakan halaman ringkasan pencapaian terpenting dalam hidup bagi memudahkan penemuduga menilai anda! Lihat je CV lelaki ni yang pernah tular dulu... Memang awesome! Tak perlu temu duga, terus diambil bekerja.

 

10 perkara yang graduan mesti buat untuk dapat kerjaya idaman!

Kredit: www.sumukhmehta.com

#2

Bukan anda seorang, tetapi beratus lagi calon memohon jawatan yang sama. Tonjolkan diri dengan muat naik portfolio anda di media sosial. Letak sekali hasil kerja dan kemahiran tambahan yang bersesuaian. Jangan ingat wakil syarikat tidak 'Google' nama anda, ya!

 

10 perkara yang graduan mesti buat untuk dapat kerjaya idaman!

Kredit: www.brushd.com

#3

Networking juga memainkan peranan penting. Jika anda mengenali 'orang dalam' syarikat, lebih cepat sesuatu berita atau kekosongan jawatan diketahui. Anda boleh memohon terus tanpa perlu menunggu iklan kekosongan di media cetak dan sosial.

#4

Kesungguhan bukan sekadar resume memikat, sijil tersusun atau bijak dalam pertuturan tetapi usaha anda mengkaji dan mengenali profil syarikat, jawatan dan bidang yang dipohon. Lakukan sedikit ulang kaji subjek yang telah dipelajari, jangan sampai anda terdiam kelu seribu bahasa bila ditanya tentang mekanisma, organisasi, terma dan aplikasi sesuatu perkara.

#5

Jika anda memohon pekerjaan melalui e-mail, pastikan subjek ditaip rapi, tiada kesilapan ejaan, tarikh dan nama syarikat yang dipohon juga tepat. Pastikan attachment tidak terlalu besar, font yang diguna mudah dibaca dan resume yang dihantar menarik dan padat bagi memudahkan pihak syarikat. Jangan lupa lampirkan sekali surat iringan (cover letter). Setelah diemel atau dipos, hubungi syarikat tadi untuk maklumkan tentangnya.

#6

Jangan ambil mudah 'First Impression'. Tiba di lokasi lebih awal, berpakaian kemas serta sesuai dan jaga adab pertuturan. Jangan lupa bawa sijil asal dan salinan serta CV dan surat iringan.

#7

Tonjolkan kelebihan diri tetapi jangan terlalu 'hard sell'. Beri ruang majikan mengenali dan menilai 'personaliti dan adakah anda sesuai untuk mengisi kekosongan di syarikat mereka. Jawab soalan dengan jujur, lancar dan usah mereka-reka cerita untuk kelihatan hebat.

#8

Sediakan beberapa soalan untuk dikemukan kepada penemuduga. Soalan itu pula biarlah yang menyerlahkan keyakinan, kecerdikan dan gambaran bahawa anda memang berminat untuk bekerja di situ. Anda boleh tanyakan soalan tentang projek atau skop tugasan yang bakal digalas jika diterima bekerja atau latihan yang disediakan.

#9

Tonjolkan komitmen, keghairahan, semangat dan tekad untuk mencapai matlamat. Tunjukkan kesungguhan dan minat anda terhadap jawatan yang dipohon dengan menghantar email terima kasih dan follow up dalam tempoh 24 jam selepas temu duga.

#10

Jika anda graduan yang masih tercari-cari pekerjaan sesuai, hadiri Program Temu Duga Terbuka SL1M Peringkat Zon Barat 2017 yang diadakan pada 23 dan 24 September ini, Sabtu dan Ahad di Padang Bola Sepak, Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI), Kampus Sultan Abdul Jalil (Kampus Lama), Tanjung Malim, Perak. Pendaftaran bermula seawal jam 7.30 pagi.

10 perkara yang graduan mesti buat untuk dapat kerjaya idaman!

Skim Latihan 1Malaysia (SL1M), program kebolehpasaran untuk membantu graduan menganggur mempersiapkan diri dengan ilmu, kemahiran dan pengalaman bekerja bagi meningkatkan peluang mendapat pekerjaan.

10 perkara yang graduan mesti buat untuk dapat kerjaya idaman!

Program yang diselia Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri ini dijayakan dengan kerjasama dan penglibatan daripada Syarikat Berkaitan Kerajaan (GLC) dan syarikat swasta.

Peserta yang menyertai program ini akan menjalani Soft-Skills Training dan On-The-Job Training dengan pihak syarikat yang mengambil bahagian bagi meningkatkan keyakinan diri. Mereka juga diberi pendedahan dengan suasana kerja sebenar. Jangka masa latihan pula sehingga 12 bulan, bergantung kepada keperluan syarikat yang melatih.

10 perkara yang graduan mesti buat untuk dapat kerjaya idaman!

Ingin tahu lebih lanjut, dengarkan temu bual bersama Puan Hjh. Norashikin binti Datuk Hj.Ismail, Ketua Sekretariat SL1M, Unit Perancang Ekonomi, Jabatan Perdana Menteri ini.

 

Apa tunggu lagi? Jom bertindak segera! Maklumat lanjut, layari https://sl1m.my/ atau https://www.facebook.com/sl1mofficial/!

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.