Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Peluang Anda Untuk Diterima Bekerja Tinggi Jika Lakukan 10 Perkara Ini!

Memang frust jika kerja yang ditawarkan tak sesuai dengan kelayakan.
Editor
20 Feb 2018, 11:30 AM

Kredit gambar utama: Shutterstock

Persaingan untuk mendapat tempat dalam bidang kerjaya semakin sengit. Semua orang bersaing untuk mendapat pekerjaan terbaik yang menjamin masa depan. Pelbagai persediaan dilakukan untuk memperbaiki diri dan supaya kelihatan yakin agar diterima bekerja dalam sektor yang diingini.

Anda sedang mencari kerja? Bimbang gagal dalam temuduga? Jom ikuti 10 tip ini.

#1 Pastikan resume dan CV lengkap. Jika menghantar email, pastikan subjek serta gaya bahasa dijaga, ditaip dengan kemas menggunakan tatabahasa yang betul.

#2 Setelah dipanggil temuduga, kaji latar belakang dan perniagaan syarikat, misi dan visi serta produk atau perkhidmatan yang ditawarkan.

#3 Jangka bentuk soalan yang bakal ditanya dan siap sedia dengan jawapan. Sediakan juga beberapa soalan yang ingin ditanya kepada panel temuduga.

#4 Pada hari temuduga, pastikan penampilan kemas, bersih, menarik dan sofistikated. Jangan pakai pakaian terlalu colourful, terlalu banyak perhiasan atau memakai haruman yang terlalu kuat. Jangan pula datang ke temuduga dengan badan berbau busuk.

#5 Tepati masa! Sampai awal sebelum sesi temuduga bermula. Jangan jadikan kesesakan lalu lintas atau sesat sebagai alasan.

#6 Tonjolkan personaliti yang baik, menarik, positif, ramah dan profesional. Jawab soalan dengan yakin, tersusun dan pastikan eye-contact dengan penemuduga. Kawal tone suara agar tidak terlalu tinggi seakan menjerit atau terlalu rendah seperti berbisik.

#7 Semakin banyak pengalaman semakin mudah diterima bekerja. Kongsikan seberapa banyak pengalaman lalu dalam ayat yang padat, ringkas dan meyakinkan.

#8 Kaji dulu harga pasaran sebelum letak tangga gaji di resumé. Semasa temuduga pertama, elakkan daripada mempertikaikan kelebihan yang diberikan oleh syarikat atau gaji yang diinginkan. Sebaliknya tanyakan mengapa anda antara calon yang layak?

#9 Ucapkan terima kasih kepada panel temuduga atas peluang berharga yang diberikan kepada anda.

#10 Bertenang dan bersabar menanti keputusan temuduga. Anda boleh hubungi pihak syarikat untuk bertanyakan tentang status, jika tiada sebarang perkhabaran. Tetapi bukanlah setiap hari ye.

Anda juga oleh ikuti Skim Latihan 1Malaysia (SL1M) untuk mencari pengalaman bekerja. Peserta yang menyertai program SL1M akan menjalani Soft-Skills Training dan On-The-Job Training dengan pihak syarikat yang mengambil bahagian untuk memperoleh pengalaman dan pendedahan dengan suasana pekerjaan sebenar. Siapa tahu, selepas tamat latihan anda akan diserap sebagai pekerja tetap?

peluang anda untuk diterima bekerja tinggi jika lakukan 10 perkara ini!

Kredit: Shutterstock

Jika anda graduan menganggur yang datang dari keluarga berpendapatan rendah, tinggal di kawasan pedalaman atau graduan yang bekerja tetapi tidak setaraf dengan kelulusan ijazah yang diperolehi, jom rebut peluang SL1M ini. Dengan SL1M, anda menjadi calon berpotensi untuk diambil bekerja dan secara tidak langsung dapat memperbaiki diri untuk bersaing dalam pasaran. Apa tunggu lagi, ayuh hadiri Program Temu Duga Terbuka SL1M Peringkat Zon Tengah (Kuala Lumpur) pada 24 & 25 Februari ini bertempat di MAEPS Serdang.

peluang anda untuk diterima bekerja tinggi jika lakukan 10 perkara ini!

Kredit: Shutterstock

Pelbagai aktiviti menarik menanti anda termasuklah sesi berhibur serta motivasi bersama duta SL1M dan selebriti terkenal seperti Faizal Tahir, Zero, Nabil, Bocey, Haqiem Rusli, Sufian Suhaimi, Hael Husaini, Tajul, Aiman Tino dan Wany Hasrita. Selain itu ada juga gerak trak makanan dan custom auto-show terbesar di Malaysia – Art of Speed.

Jom daftar hari ini di Jobs Malaysia atau lengkapkan borang permohonan secara manual yang boleh didapati di mana-mana Program Outreach SL1M. Siapa tahu anda mungkin membawa pulang hadiah istimewa Perodua Myvi 2018 dan motosikal Modenas Kriss.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.