Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Mentega Kacang Homemade Versi Sihat Gunakan Tiga Bahan Sahaja!

Wah! Gunakan tiga bahan sahaja? Mudah!
Editor
09 Apr 2021, 07:00 AM

Mentega kacang atau peanut butter mungkin adalah kesukaan sekeluarga termasuk anak-anak.

mentega kacang homemade versi sihat gunakan tiga bahan sahaja!

Resepi ini dikongsikan oleh #AinSheCook dengan hanya menggunakan tiga bahan sahaja iaitu kacang, madu dan minyak.

Ringkas dan senang sahaja dan menurut Ain, resepi mentega kacang ini adalah versi diet sihat. Jika ingin tambah bahan lain juga boleh, mengikut selera masing-masing. Mudah sahaja nak buat resepi ini.

Bahan-bahan:

mentega kacang homemade versi sihat gunakan tiga bahan sahaja!

  • 1 mangkuk kacang tanah (lebih kurang 300 gram).
  • Boleh guna kacang tanah putih tanpa kulit (kacang shahdong) Guna kacang tanah yang biasa pun boleh. Cuma perlu buang kulitnya nanti.
  • 2-3 sudu besar madu. (Nak tukar gula atau stevia pun boleh. Ikut selera.)
  • 1 sudu besar minyak. (Minyak zaitun/minyak sayuran/minyak masak. Boleh guna saja mana-mana yang ada di rumah ya.)

Cara membuat:

1. Cuci bersih kacang dan tos kering. Goreng tanpa minyak sehingga kacang bertukar sehingga warna perang dan masak sepenuhnya. Boleh gunakan oven dengan suhu 180 celcius selama 15 minit.

mentega kacang homemade versi sihat gunakan tiga bahan sahaja!

2. Biarkan sejuk dulu dan jika gunakan kacang tanah biasa pastikan buang kulitnya.

3. Masukkan kacang tadi bersama madu dan minyak ke dalam pengisar ataupun food processor. Kisarkan sehingga dapat tekstur yang diinginkan.

mentega kacang homemade versi sihat gunakan tiga bahan sahaja!

Tips: Kacang akan keluarkan minyaknya apabila dikisarkan lama. Jika anda tidak ingin masukkan minyak pun tidak apa.

4. Dah siap! Isikan dalam bekas yang sesuai.

mentega kacang homemade versi sihat gunakan tiga bahan sahaja!

Sumber: Nurul Ain

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.