Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Suami Isteri Akan Mula Bertengkar Apabila Moratorium Tamat – Pakar Psikologi

Situasi ini akan turut mempengaruhi individu yang belum berkahwin.
Editor
23 Sep 2020, 11:50 AM

Pada akhir September ini, tempoh bayaran moratorium akan bakal tamat dan mungkin akan mencetus permulaan punca pentengkaraan antara suami isteri yang kesempitan wang.

Menurut pakar Psikologi Universiti Malaya (UM), Profesor Madya Dr Mariani Md Nor berkata, situasi tersebut turut mempengaruhi individu yang belum berkahwin dan perlu membiayai kehidupan seharian seperti sewa rumah dan kenderaan.

suami isteri akan mula bertengkar apabila moratorium tamat – pakar psikologi

Pergaduhan itu akan berlaku kerana tahap kewangan sesebuah keluarga yang semakin lama semakin menyusut selain dalam masa yang sama wang semakin diperlukan bagi mereka yang mempunyai anak.

"Kalau yang tidak ada anak sekalipun, duit itu diperlukan untuk apa yang perlu dibiayai, untuk belanja dalam rumah, makanan, minuman, pakaian, sewa rumah, bayar bil elektrik, bayar bil air.

"Kalau kurang kewangan, suami isteri harus bergabung untuk memastikan bahawa ada bayaran-bayaran yang perlu dibayar oleh suami, ada yang perlu dibayar oleh isteri.

suami isteri akan mula bertengkar apabila moratorium tamat – pakar psikologi

“Seelok-eloknya dalam aspek perbelanjaan ini mereka perlulah bersiap sedia dan dalam masa yang sama juga cuba elakkan dari berhubungan atau berkenalan dengan along kerana ini juga akan menambahkan lagi penderitaan dalam rumah itu.

"Kalau kita lihat di sini, wang memang segala-galanya tetapi wang tidak semestinya jadi jalan pemisah antara kerukunan rumah tangga suami dan isteri," katanya.

Menurut data Bank Negara, sehingga 20 Julai, lebih 7.7 juta peminjam individu atau 93 peratus daripada kesemua peminjam telah mendapat manfaat daripada moratorium bayaran pinjaman yang bernilai RM38.3 bilion.

suami isteri akan mula bertengkar apabila moratorium tamat – pakar psikologi

Sementara itu, Ketua Ekonomi Bank Islam Malaysia Bhd, Dr Mohd Afzanizam Abdul Rashid menjelaskan, paling penting adalah kesepakatan dan kompromi pasangan selain menggunakan kaedah bantuan kerajaan sebaiknya dalam isu berkenaan.

Katanya, suami dan isteri perlu memainkan peranan masing-masing dalam mencari jalan penstrukturan semula dengan pihak bank apa sahaja beban kewangan yang dihadapi.

"Saya percaya setiap masalah itu ada jalan penyelesaiannya, cuma sebagai suami isteri, sebagai ahli isi rumah perlu bertindak sebagai team player, semua ada peranan masing-masing yang tersendiri dalam membantu dan menyumbang kebaikan ekonomi bagi setiap isi rumah secara umumnya," ujarnya.

Sumber: Awani

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.