Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

Trending

Span Basuh Pinggan Lebih Kotor Dariapada Tandas, Ini Sebabnya

Anda Rasa rumah anda dah cukup bersih?

Anda tahu kan sekeliling kita ini penuh dengan makhluk halus? Yang dimaksudkan ini bukanlah makhluk halus seperti jin dan syaitan tetapi mikroorganisma.

 

Kita tahu mikroorganisma ini wujud tapi kita tak nampak dengan mata kasar. Walaupun kita tak nampak, tak bermakna kita boleh ambil mudah. Tahukah anda, 10 benda ini kita guna setiap hari tapi ia penuh dengan kuman dan bakteria yang boleh menyebabkan penyakit sekiranya tidak dicuci dengan betul?

 

Berus gigi

 

Sudah banyak penyelidikan yang dibuat berkenaan kontaminasi pada berus gigi. Tapi bagaimana cara yang betul untuk menyimpan atau mengurangkan jumlah mikrob berbahaya pada berus gigi?

 

  1. Rendam berus gigi dalam larutan pencuci mulut seperti Listerine ataupun hydrogen peroxide sebelum digunakan. Menurut penyelidikan yang dibuat oleh penyelidik dari Kolej Pergigian Narayana, India, larutan ini boleh membunuh kuman pada berus gigi.
  2. Jangan simpan dalam bekas tertutup atau bersentuhan dengan berus gigi lain.
  3. Tukar berus gigi dalam masa tiga bulan.

 

 

Tuala mandi

 

Kita cuci baju setiap hari tapi berapa kali kita tukar tuala mandi? Seminggu sekali? Atau guna sampai tuala bau kepam baru anda tukar? Tahukah anda, tuala mandi yang basah itu menyimpan segala macam mikroorganisma? Apatah lagi dengan keadaannya yang basah dan lembap. Seronok segala bakteria tu beranak-pinak.

 

Menurut Profesor Marilyn C. Roberts dari University of Washington</a>, anda harus menukar tuala seelok-eloknya selepas tiga kali digunakan. Paling maksimum pun selepas empat ke lima hari. Jangan guna lama-lama!

 

Sarung bantal dan cadar

 

Tukar cadar dan sarung bantal seminggu sekali. “Kenapa?” anda tanya. “Bukannya kotor sangat”.

 

Anda berpeluh, muka dan badan berminyak-minyak, bawa masuk kotoran dari luar, kemudian anda bersenggama bersama pasangan, lepas tu kadangkala anak terkencing ke apa. Kalau anda ada luka dan tidur atas cadar yang penuh dengan bakteria ini, anda pasti akan dapat jangkitan kuman.

Selain itu, sel-sel kulit mati anda yang melekat pada sarung bantal dan cadar menjadi makanan kepada hama dan boleh menyebabkan sesak nafas kepada orang yang ada penyakit asma.

 

Tuala Tangan/Tuala Dapur

 

Menurut kajian yang dijalankan oleh penyelidik dari University of Arizona, Amerika Syarikat mereka menjumpai Coliform (bakteria daripada najis manusia) dan E.Coli yang boleh menyebabkan penyakit.

 

Tuala ini lebih kerap digunakan kerana anda mengelap tangan setiap kali selepas dibasuh. Selain itu, anda mungkin juga menggunakan tuala ini untuk memegang periuk dan peralatan dapur. Jadi, sisa makanan yang terlekat boleh membiakkan bakteria.

 

Pastikan anda menukar tuala tangan ini setiap 1-2 hari ya. Basuh kerap-kerap pun tak apa, untuk keselamatan anda juga.

 

Papan Pemotong

 

span basuh pinggan lebih kotor dariapada tandas, ini sebabnya

 

Pencemaran silang (cross contamination) boleh berlaku apabila bakteria daripada peralatan yang anda gunakan seperti papan pemotong disebarkan kepada makanan. Untuk memastikan papan pemotong anda sentiasa dalam keadaan bersih, ikuti kaedah berikut:

 

  1. Elakkan menggunakan papan pemotong yang sama untuk sayur/buah dan bahan mentah seperti daging, ikan dan ayam.
  2. Cuci terus dengan air dan sabun selepas digunakan. Gantung di tempat terbuka untuk papan kering dengan sendiri.
  3. Elakkan merendam papan pemotong kerana patogen akan tersebar di dalam air.
  4. Gunakan larutan cuka atauhydrogen peroxide untuk membasmi kuman pada papan pemotong.
  5. Buang sahaja papan pemotong yang sudah terlalu banyak bercalar, retak atau bertukar warna.
  6. Gantikan papan pemotong setiap 12 bulan

 

Span Basuh Pinggan

 

Tahukah anda, benda paling kotor dalam rumah ialah span basuh pinggan? Kajian telah membuktikan bahawa span basuh pinggan ini sebenarnya 200,000 kali lagi kotor daripada tempat duduk tandas.

 

Menurut Prof. Hugh Pennington dari Agensi Perlindungan Kesihatan UK, span membasuh pinggan juga mengandungi bakteria yang digelar campylobacter. Bakteria ini yang datangnya daripada sisa ayam menyebabkan sindrom Guillain-Barre sehingga boleh mengakibatkan paralisis.

Jadi sentiasa keringkan dengan menggantung span/jaring membasuh pinggan anda selepas digunakan. Gantikan span baru setiap sebulan sekali.

 

Anda Rasa rumah anda dah cukup bersih?

 

Sumber : ncbi, medicaldaily, foodprotection, dailymail

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.