Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Tak Sangka Resepi Ini Gunakan Tiga Bahan Sahaja. Cheesecake Gebu, Berkrim Dan Lazat!

Sedap, mudah, simple dan yang paling best bahan senang nak cari!
Editor
30 Jul 2021, 07:00 AM

Tekak ini, tiba-tiba teringin nak makan cheesecake gebu. Banyak resepi nampak payah tapi resepi ini, sangat mudah! Lagipun kita gunakan tiga bahan sahaja!

tak sangka resepi ini gunakan tiga bahan sahaja. cheesecake gebu, berkrim dan lazat!

Boleh la cuba, hidangkan kepada keluarga di rumah musim raya ini. Kalau ada lebih bagilah ke jiran tetangga sekali.

Bahan-bahan:

tak sangka resepi ini gunakan tiga bahan sahaja. cheesecake gebu, berkrim dan lazat!

120 gm Tatura Cream Cheese

120 gm susu pekat manis

3 biji telur

Tip: Sukatan yang diberikan ini boleh dapat dalam loyang kecil. Jika nak kek yang lagi besar boleh gandakan sukatan ini.

Cara-cara

tak sangka resepi ini gunakan tiga bahan sahaja. cheesecake gebu, berkrim dan lazat!

1. Pukul cream cheese dan susu pekat manis

Mula-mula pukulkan cream cheese dan susu pekat manis sampai berkrim dan tak berketul. Kalau nak kurang manis, boleh kurangkan susu pekat.

2. Asingkan telur putih dan pukul

Asingkan telur putih dan telur kuning. Ambil telur putih dan pukul sehingga teksturnya berkrim. (meringue)

3. Masukkan telur kuning dalam adunan cream cheese

Telur kuning tadi jangan buang, kita masukkan dalam adunan cream cheese yang telah dipukul dengan susu pekat tadi.

4. Campurkan semua bahan

Campurkan kesemua adunan dan gaulkan perlahan-lahan sehingga sebati.

5. Tuangkan dalam loyang

Tuangkan adunan dalam loyang yang dah dilapik dengan baking paper. Kalau tak ada, boleh guna kertas buku biasa yang kosong.

6. Bakar

Panakan oven terlebih dahulu dengan suhu 150 darjah celcius selama 10 minit. Bakar secara water bath (isi loyang dalam bekas berisi air). Letak air dalam loyang bawah, agak-agak dalam setengah loyang sahaja. Jangan sampai melimpah bila kita letak loyang kek tu. Masa panakan oven, air tu akan mendidih.

Cara bakar secara waterbath

Bakar pada suhu 160 darjah celcius untuk 30 minit pertama dengan api atas bawah. Rendahkan suhu pada 150 darjah celcius untuk 25 minit seterusnya atau sehingga masak. Kadang-kadang kena ikut oven juga, suhu mungkin berbeza-beza. Jadi kalau nak pastikan sama ada dah masak atau belum, boleh cucuk dengan lidi dan tengok sama ada teksturnya masih melekat atau tidak.

7. Sejukkan

Bila dah masak, biarkan 15 minit dalam oven dan barulah keluarkan ya. Pint utu dibukakan sedikit.

8. Topping

Akhir sekali, boleh lah letak topping ikut kegeman anda. Kalau nak makan begitu sahaja pun boleh. Yang ini, kita gunakan parutan keju cheddar.

tak sangka resepi ini gunakan tiga bahan sahaja. cheesecake gebu, berkrim dan lazat!

Mudah sahaja kan! Selamat mencuba!

Sumber: Nurul Ain Ridzwan

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.