Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Ini Rupanya Rahsia Nak Berjaya Dalam Perniagaan Online!

Yang berniaga online tu, dah praktikkan cara ni?
Editor
13 Mar 2018, 10:31 AM

Kredit gambar utama: Shutterstock

9 daripada 10 rezeki datangnya daripada perniagaan tetapi tak bermakna kita boleh bergoyang kaki sambil menunggu rezeki turun dari langit. Banyak cabaran orang berniaga ni, persaingan, kerenah pelanggan dan kos... Peniaga kenalah bijak mengguna segala kemudahan yang ada.

Salah satu kemudahannya adalah pemasaran online terutamanya Facebook yang digunakan kira-kira 22 juta orang peniaga di Malaysia. Ramai yang buka page untuk perniagaan dan jemput bakal pelanggan untuk like page. Kita perlu juga bina strong branding agar bakal pelanggan sedar kewujudan kita dengan berkongsikan artikel serta posting bermanfaat setiap hari. Apa untungnya pemasaran online ni?

#1 Cepat

Semua urusan di hujung jari. Pemasaran, pembelian dan pembayaran dengan hanya beberapa klik. Produk pun dihantar ke hadapan pintu rumah. Urusan jual beli selesai dalam tempoh beberapa minit.   

#2 Kos Operasi Rendah

ini rupanya rahsia nak berjaya dalam perniagaan online!

Kredit: Shutterstock

Kos pengiklanan produk pun jauh lebih rendah berbanding pengiklanan cara tradisional. Anda boleh tarik pelanggan baru dan kekalkan pelanggan lama dengan menggunakan email dan media sosial. Jimat kos printing, envelop dan kos upah pekerja penghantaran.  

#3 Pemasaran Tanpa Henti

Selagi ada data dan Internet, selagi itulah anda boleh memasarkan produk setiap hari tanpa mengira masa dan tanpa kos tambahan seperti kos pekerja yang bekerja lebih masa.

#4 Seantero Dunia

Bukan sahaja untuk jiran tetangga tetapi produk anda boleh dikenali di luar negara. Jadi jangan pelik jika ada pelanggan dari Brunei, Indonesia, Australia atau Jepun inginkan produk anda. Dengan pemasaran online juga, anda mudah memasarkan produk kepada golongan sasaran.  

#5 Mudah

ini rupanya rahsia nak berjaya dalam perniagaan online!

Kredit: Shutterstock

Tak susah pun nak mulakan perniagaan Internet ni. Selain laptop, anda boleh lakukan dengan telefon bimbit. Sambil skrol akaun media sosial, boleh iklankan produk. Anda juga boleh schedule artikel, edit gambar dan video tanpa kos dengan menggunakan aplikasi tertentu.

Walaupun nampak senang tetapi anda perlu ada ilmu yang cukup tentang pemasaran online. Banyak yang perlu anda belajar untuk memantapkan pengetahuan tentang pemasaran online ni. Paling mudah, hadir je ke Rocket Seminar kelolaan Najib Asaddok, Pakar Online Rocket Marketing yang menerima Anugerah ‘100 Most Influential Young Entreprenuer’ dari Entreprenuer Insight baru-baru ini. Melalui seminar ini, anda akan diajar cara untuk menonjolkan perniagaan, menjadikan bisnes kelihatan menarik dan melonjakkan jualan sebanyak 300%.

ini rupanya rahsia nak berjaya dalam perniagaan online!

Ramai usahawan telah berjaya dengan formula Najib Asaddok ni antaranya Mampu Umrah (yang berjaya naikkan fans kepada 500k dan bilangan jemaah umrah meningkat dari 200 kepada 4,000 orang), Pissek Agro (jualan ayam meningkat dari RM50k setahun kepada RM800k tahun lepas), dan Butik Airish di Penang (jualan meningkat dari RM10k kepada RM1.2juta tahun lepas). Banyak lagi usahawan yang telah berjaya setelah menghadiri Rocket Seminar seperti Womb2Room, Milk With Love, Bidara Lab, Audela, Kembara Umrah JDT dan Nasi Kerabu Cikgu CT.

Najib Asaddok memiliki 2 pusat latihan iaitu, Momentum Business School di Kluang yang boleh memuatkan seramai 80 usahawan dalam satu masa dan di Shah Alam yang mampu memuatkan sebanyak 110 usahawan. Pusat latihan ini penuh dengan kemudahan dan teknologi memudahkan proses pembelajaran berimpak tinggi supaya pelajar mudah faham dan praktikkan segala ilmu yang dipelajari.

Berminat dengan Seminar Rocket Business? Bolehlah hadiri mana-mana lokasi ni dan untuk maklumat lanjut layari website, Instagram atau FB Najib Asaddok hari ni.

  • 17 Mac: Grand Seminar Rocket Bisnes Borneo by Najib Asaddok. Klangan Regency One Borneo, Kota Kinabalu
  • 24 Mac: Renaissanse Hotel, KB
  • 25 Mac: Grand Darul Makmur, Kuantan
  • 31 Mac: New York Hotel, JB
  • 1 April: Flamingo Hotel, Ampang

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.