Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Anak Sulung Sentiasa Dipersalahkan, Pengorbanan Yang Sering Terlepas Pandang

Ibu bapa akan lebih garang dengan anak sulung.
Editor
11 Apr 2021, 07:00 AM

Tidak boleh dinafikan bahawa kecintaan ibu bapa kepada anak sulung ini lebih istimewa. Anak yang paling disayangai pada awalnya adalah anak sulung kerana mereka merupakan anugerah pertama pasangan suami isteri.

pengorbanan anak sulung yang terlepas pandang

Anak sulung ini juga memikul tanggungjawab yang amat besar dalam keluarga dan harus memberi contoh yang baik kepada adik-adik. Oleh kerana itu, ibu bapa lebih bersikap garang kepada anak sulung dah lebih kurang terhadap adik-adik kecik. Sebab itulah ada masa kita sering terlepas pandang pengorbanan anak sulung.

  1. Ibu bapa lebih garang dengan anak sulung

Kebiasaannya ibu bapa akan lebih garang dengan anak sulung dengan menetapkan peraturan dan larangan tertentu. Mereka juga memikul tanggungjawab yang berat dan sentiasa kena menjadi role model kepada adik-beradik.

  1. Anak sulung menjadi contoh kepada adik-beradik

Ini sesuatu benda yang norma dalam setiap keluarga. Anak sulung merupakan seorang yang adik-beradik pandang tinggi dan harapan ibu bapa yang pertama. Oleh kerana itu, bebanan dan tekanan terhadap anak sulung ini sangat tinggi. Mereka sudah tanam dalam fikiran bahawa mereka harus menjadi seorang yang sempurna di mata keluarga.

  1. Anak sulung selalu dipersalahkan

Mereka selalu dipersalahkan jika adik-adik membuat salah. Tanggungjawab anak sulung untuk menjaga adik-adik kecil dan menunjuk tingkah laku yang baik kepada mereka merupakan satu keistimewaan dan amalan yang mulia. Memang ia merupakan tanggungjawab yang berat tetapi ini yang membentuk mereka menjadi insan yang lebih displin.

  1. Banyak mengalah dengan adik-beradik

Anak sulung banyak mengalah dengan adik-beradik terutamanya kasih sayang ibu bapa. Mereka harus mengalah daripada mendapat perhatian daripada ibu bapa dan belajar untuk berkongsi dengan adik-adik kecil. Perasaan cemburu dan kecil hati semestinya ada tetapi kebanyakkan anak sulung cepat belajar erti kesabaran.

pengorbanan anak sulung yang terlepas pandang

Sumber: Pesona Pengantin

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.