Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Lebih Rela Relaks Sebab Nak Jaga Hati Wanita Tetapi Lelaki Pun Ada Perasaan!

Para lelaki lebih rela simpan perasaan dari cuba menimbulkan pertengkaran yang tidak masuk akal.
Editor
27 Nov 2020, 07:15 PM

Kalau dibandingkan antara wanita dan lelaki, sudah tentu kaum Adam ini lebih rela untuk memendam diri dari mengungkapkan kemahuan mereka dalam satu hubungan.

lebih rela relaks sebab nak jaga hati wanita tetapi lelaki pun ada perasaan!

Ada kemungkinan mereka melakukan ini semata-mata nak jaga hati para wanita. Bukan apa, wanita ini sensitif orangnya, mungkin mudah terasa kalau tak pun, akan mulalah overthinking yang melampau. Sebab itu para lelaki lebih rela simpan perasaan dari cuba menimbulkan pertengkaran yang tidak masuk akal.

Tapi sebenarnya, lelaki juga mempunyai perasaan dan kehendak sendiri.

1. Ingin rasa diri dihormati

Hormat disini bermaksud dari segi jolokkan idea, fikiran, tingkah-laku dan perasaan yang mulia terhadap si dia. Anggap si dia itu penting dalam hidup anda dan tunjukkan melalui perbuatan anda.

2. Kekaguman

Lelaki pun ada masanya ingin rasa disayanagi dan dimanja. Mereka masih mahu dibelai. Kadang-kala apa salahnya para wanita pula bagi ayat manis kepada pasangan. Nyatakan kekaguman anda pada dirinya sebagai token apresiasi. Tapi buatlah seikhlas hati. Lelaki ini kadang-kala mempunyai deria yang dapat menghidu ketidak-ikhlasan hati anda. Jaga-jaga.

3. Wanita sebagai peneman

Lelaki sebenarnya suka berdampingan bersama wanita yang dicintainya, yang menyokong minatnya dari belakang. Dan yang sanggup menemani mereka pergi melakukan aktiviti kegemaran sekali-sekala.

4. Bercakap dalam kadar nada lemah lembut

Kajian membuktikan seseorang akan bertindak balas lebih baik kepada lawannya apabila mereka berkata-kata dengan tona suara yang lebih lembut. Siapa yang suka orang bercakap kasar? Tak kiralah lelaki atau perempuan,

5. Memberi galakan dan motivasi

Lelaki sebenarnya suka apabila diri mereka diberi galakan atau motivasi. Jika mereka berada dalam situasi yang penting atau sedang bersedih, cuba beri mereka semangat dan galakan.

6. Ingin rasa diri dihargai

Lelaki ingin dihargai. Ucapan terima kasih yang ringkas disertai senyuman manis daripada anda sudah cukup untuk buat hatinya girang. Penghargaan dapat menimbulkan rasa cinta daripada anda terhadapnya.

7. Berikan ruang kepada mereka

Walaupun lelaki dilihat gagah perkasa, namun mereka pun ada masa ingin bersendirian. Alone time. Ini bukan lelaki je, perempuan pun sama! Masing-masing berikan ruang kepada pasangan, jangan kongkong hidup mereka.

8. Rasa diri diperlukan

Lelaki mahu rasa diri mereka diperlukan! Walaupun anda seorang yang independent, dan mereka terima kenyataan itu. Tapi kadang-kala mereka nak juga diri mereka masih relevan dalam hidup pasangan mereka.

Sumber: WANISTA

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.