Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Lee Chong Wei Didik Anak Tentang Ibadah Puasa - “Kena Bertolak Ansur Dan Hormat Sesama Lain”

Wah! Bagusnya Datuk Lee Chong Wei dan isteri terangkan tentang puasa kepada anak-anak!
nura
15 Apr 2021, 12:15 PM

Pemain jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei menarik perhatian para netizen apabila beliau berkongsi cerita mendidik anaknya tentang ibadah puasa di bulan Ramadan dan erti bertolak ansur dalam masyarakat.

lee chong wei didik anak tentang ibadah puasa - “kena bertolak ansur dan hormat sesama lain”

Chong Wei berkongsi kisah ringkas anaknya itu dalam sebuah hantaran di Instagram. Anaknya, Kingston Lee yang kini sudah bersekolah keliru tentang ibadah puasa yang dilakukan oleh rakan-rakannya beragama Islam.

"’Tadi masa waktu rehat, saya berkongsi makanan dan minuman dengan rakan sekelas. Ada dua orang kawan baik saya, Syihan dan Amli tak nak makan. Kenapa?’

“Tidak sempat saya menjawab, dia terus sambung ‘Pastu I pon dinasihat cikgu supaya makan di sudut jauh dari segelintir kawan-kawan I. Apa salah saya, papa?’

“Tergamam aku dibuatnya seketika. Salah saya juga sebenarnya kerana tidak memberi penjelasan bulan puasa sebelum ini.

“Koko, you tak salah. Kawan-kawan you tu sebenarnya dah start puasa. Dan Cikgu suruh makan di tepi sebagai tanda penghormatan kepada kawan-kawan yang tengah berpuasa tu. Jadi, kamu kena nasihat kawan-kawan Cina India lain, mesti sokong kawan-kawan Melayu ni menjalankan ibadah puasa. Kena bertolak-ansur dan hormat sesama lain’,”  tulis Chong Wei.

Namun, penjelasan Chong Wei itu masih tidak memberi pencerahan yang jelas kepada anaknya yang mempersoalkan semula mengenai sikap bertolak ansur dalam masyarakat.

“Sulung yang kini dah 8 tahun sudah mula menunjukkan sikap memberontak. ‘Kenapa kena bertolak ansur ? Saya makan saya punya hal, dia puasa dia punya hal.’

“Belum sempat saya marah, tangan penampar @wongmewchoo terus melanda ke atas tangan anak. Tahulah saya dia pandai smash gak, tapi memang laju tangan dia kali ni,” tambahnya lagi.

 

 

Chong Wei turut menjelaskan kepentingan sikap bertolak ansur dan hormat menghormati antara bangsa dan agama berbeza dalam masyarakat supaya dapat menjamin keharmonian bersama.

Beliau menyatakan toleransi antara agama berbeza di negara ini yang membuat rakyat Malaysia dapat meraikan pelbagai perayaan dalam keadaan muhibbah.

Sumber: Instagram

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.