Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Kucing Ini Bersara Secara Rasmi Dari Tugas Menangkap Tikus

Selamat bersara ya si comel!
Editor
21 Aug 2020, 04:00 PM

kucing ini bersara secara rasmi dari tugas menangkap tikus

Bukan kita sahaja bersara daripada kerja, kucing yang dikenali sebagai Palmerston secara rasminya telah ‘pencen’ dari tugasannya menangkap tikus di Pejabat Luar Negeri (FCO) United Kingdom dan akan meluangkan masanya untuk ‘berehat’.

Pihak Palmerston menerima sekeping surat dari pejabat itu yang memaklumkan, si comel itu kini sudah berada jauh dari Whitehall dan 'gembira memanjat pokok' daripada 'mendengar ucapan orang kenamaan asing'.

Kucing berbulu hitam dan putih dari Battersea, mulakan tugasannya di pejabat tersebut pada tahun 2016 dan mempunyai lebih 105,000 pengikut di Twitter.

kucing ini bersara secara rasmi dari tugas menangkap tikus

Dinamakan bersempena nama Setiausaha Luar Negeri dan Perdana Menteri pada abad ke-19, Viscount Palmerston, kucing itu sering dilihat dalam gambar-gambar bersama pegawai kerajaan dan duta asing.

Palmerston dipilih daripada ratusan kucing jalanan lain yang ditempatkan di pusat perlindungan Battersea Dogs and Cats Home di barat daya London untuk membantu mengatasi masalah jumlah tikus yang banyak di bangunan FCO di King Charles Street, Downing Street.

kucing ini bersara secara rasmi dari tugas menangkap tikus

"Palmerston telah menjadi duta yang hebat untuk Battersea. Selama berkhidmat di Pejabat Luar Negeri, ia telah membuktikan betapa hebatnya kucing jalanan, dan bagaimana ia membawa kegembiraan kepada orang ramai," kata ketua pusat perlindungan itu, Lindsey Quinlan.

Tidak diketahui di mana Palmerston akan berada selepas ini, namun ramai menjangkakan ia akan berada dalam jagaan salah seorang petugas FCO, yang menjaganya ketika perintah berkurung berkuat kuasa.

Sumber: Awani

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.