Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Bahaya! Jangan Mudah Terjerumus Dengan Berita Palsu! Ikut 5 Tips Ini Untuk Selamat Daripada Tertipu

Jangan mudah terpengaruh! Semak dulu tanda-tanda berita palsu seperti…
Hanafis Haris
14 Nov 2022, 09:59 AM

Artikel ini ditaja oleh Content Forum

Jangan mudah terpedaya dengan penyebaran berita palsu

Kredit: Content Forum & Canva; Edit: SINAR

Penularan berita palsu atau tidak sahih ini bukanlah baru. Namun, sejak era pandemik COVID-19, tingkah laku dan keberanian sesetengah pihak menyebarkan fakta tidak tepat ini makin menjadi-jadi.

Hasilnya? Ramai yang tertipu dan terkesan dengan penyebaran berita berkenaan. Paling terkesan adalah golongan warga emas yang mempercayai bulat-bulat berita disampaikan!

Lihat saja bagaimana ramai yang enggan mengambil vaksin sebelum ini gara-gara teori tidak tepat cuba disebarkan pihak tidak bertanggungjawab ini.

Malah, mengikut laporan dikeluarkan pada Oktober 2020, polis terpaksa membuka 270 kertas siasatan berkaitan perkongsian berita palsu COVID-19 dan 19 kes telah pun dibawa ke mahkamah.

Pada masa sama, Pasukan Respon Pantas Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (MCMC)  terpaksa menafikan dan menjelaskan 388 berita palsu yang telah tersebar. Membimbangkan bukan?

Tapi Apa Sebenarnya Berita Atau Kandungan Palsu Ini?

Berdasarkan pada Bahagian 2, Perenggan 7 dalam Kod Kandungan, kandungan palsu adalah kandungan yang mengandungi bahan palsu dan berkemungkinan mengelirukan, antara lain disebabkan oleh maklumat yang tidak lengkap.

Namun, tahukah anda, berita palsu sebenarnya dibahagikan kepada dua jenis:

Berita Palsu: Berita, info dan fakta palsu atau mengelirukan yang dicipta dan dikongsi dengan sengaja. Penulis mungkin mempunyai motif tertentu untuk berbuat demikian.

Maklumat Salah: Ini juga bermaksud cerita palsu atau mengelirukan, tetapi dalam kes ini, cerita itu mungkin tidak sengaja dicipta atau dikongsi dengan niat untuk mengelirukan. Penulis mungkin tidak menyemak semula fakta diperoleh.

Jadi Bagaimana Untuk Kesan Berita Palsu Atau Tidak? 

#1 Berita & Pautan Meragukan! 

Perlu diingatkan, sebelum mempercayai mana-mana berita yang disebarkan, anda perlu lihat dahulu sumber laman web atau pautan berita berkenaan.

Ada kalanya nama atau pautan sesebuah portal itu agak pelik dan meragukan! Contohnya Durianruntuhterboekviral.com

Nama portal yang meragukan seperti ini selalunya hanya ‘perangkap’ untuk mereka yang mudah percaya dengan berita sensasi dan panas. Malah, info mungkin telah diolah dan ditokok tambah oleh penulis untuk memperbesarkan sesuatu isu.

Cara terbaik, semak dahulu sumber berita. Pastikan berita atau info adalah daripada sumber yang boleh dipercayai.

Selain itu, jika berita tersebut berkaitan dengan pengumuman pihak berkuasa, jadikan amalan dengan menyemak berita daripada laman rasmi pihak berkenaan.

Contohnya pengumuman berkaitan kesihatan, anda boleh terus semak ke laman web atau akaun media sosial Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Anda juga boleh menelefon, e-mel atau menghantar mesej untuk memastikan kesahihan mana-mana maklumat yang meragukan.

#2 Perhatikan Gambar & Tarikh! 

Kebanyakan berita palsu menggunakan imej yang telah diubah atau diambil di internet secara rawak. Ada kalanya gambar dengan berita yang disampaikan juga tiada kena mengena langsung.

Paling teruk, imej yang digunakan berkemungkinan telah disunting atau dimanipulasi.

Selain itu, perhatikan tarikh berita atau info yang disampaikan. Berkemungkinan kejadian tersebut telah lama berlaku dan hanya dikongsi semula untuk menimbulkan ketakutan dan kekecohan ramai.

#3 Tajuk Sensasi & Menimbulkan Kebencian

Salah satu kaedah untuk kenal pasti kesahihan info, berita atau kandungan palsu adalah daripada tajuk!

Selalunya memang fakta atau berita sebegini mempunyai tujuan dan agendanya tersendiri. Disebabkan tajuk yang mampu mencetuskan pergolakan emosi pembaca, maka ramai yang terperangkap untuk mempercayai berita tersebut.

Hasilnya? Kandungan tersebut bakal menyebabkan kemarahan, kebencian, kebimbangan orang ramai. Paling teruk, ia dihasilkan bagi menjatuhkan pihak-pihak tertentu.

Jadi jangan mudah terperangkap dengan ‘permainan’ emosi pada tajuk dan fakta tidak tepat ini. Selalulah berfikir terlebih dahulu, apa tujuan sebenar info ini disebarkan?

#4 Semak Ruang Komen!

Satu perkara yang jelas terhadap berita palsu atau tidak tepat ini, biarpun info atau artikel agak meyakinkan, anda perlu lihat dan semak pada bahagian komen.

Semak dahulu perbualan di bahagian komen kerana berkemungkinan ada pengguna yang memberi amaran untuk tidak mempercayai berita berkenaan.

Jika bernasib baik, anda mungkin menerima berita yang tepat dikongsi oleh pengguna lain. Secara ringkasnya, semak dahulu sebelum mempercayai berita disampaikan.

Tapi Bahaya Ke Berita Palsu Ni?

Mari kita ambil contoh situasi ketika pandemik dua tahun lalu! Berikut merupakan kesan berita palsu kepada masyarakat 👇

#1 Mengakibatkan Ketakutan & Menambah Kegelisahan Orang Ramai

Masih ingatkah anda tentang situasi negara apabila vaksin COVID-19 diperkenalkan? Pelbagai info tidak sahih tersebar hingga mencetuskan rasa takut orang ramai hingga menyebabkan jumlah individu yang keluar untuk mendapatkan vaksin agak kurang pada awalnya!

#2 Mempengaruhi Keputusan

Penyebaran berita palsu dan tidak tepat ini juga banyak mempengaruhi orang ramai supaya tidak mempercayai fakta dikeluarkan pihak berkuasa dan doktor pakar. Sebaliknya mereka membuat keputusan untuk mencari rawatan alternatif selepas membaca berita yang tersebar. Bahaya, kan?

#3 Mencetuskan Rasa Panik & Keputusan Melulu

Penyebaran berita palsu bukan saja membuat ramai panik, malah ada juga paranoid untuk keluar, sekali gus memberi kesan terhadap ekonomi negara.

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

A post shared by MCMC (Official) (@skmm_mcmc)

#4 Mencetuskan Kebencian & Kemarahan

Disebabkan berita palsu ini mempunya agenda tersendiri, maka ia memang dicipta untuk mencetuskan rasa kebencian orang ramai. Paling teruk, ia disebarkan bertujuan untuk menjatuhkan pihak tertentu!

#5 Mengakibatkan Ketidakstabilan Perpaduan Masyarakat Berbilang Kaum

Ini paling ditakuti memandangkan Malaysia adalah negara berbilang kaum yang harmoni. Jadi jangan biarkan berita yang tidak tepat menyebabkan anda cepat ‘melatah’ dan dibuai emosi negatif.

Oleh itu, mana-mana kandungan yang mengandungi bahan palsu atau maklumat yang tidak lengkap dan berkemungkinan mengelirukan, haruslah dielakkan.

Jadi sekiranya anda terlihat apa-apa kandungan palsu kebelakangan ini, maka di sinilah peranan Kod Kandungan Komunikasi dan Multimedia 2022!

Menerusi panduan dikeluarkan Kod Kandungan 2022, setiap kandungan dikeluarkan mesti mematuhi langkah-langkah yang digariskan dalam bahagian tertentu Kod ini bagi menghadkan kebarangkalian penyebaran berita palsu.

Kandungan yang palsu, adalah dilarang secara nyata kecuali dalam mana-mana keadaan berikut: (a) Satira dan parodi; (b) Di mana jelas kepada pengguna biasa bahawa kandungannya adalah fiksyen.

Apa Itu Kod Kandungan 2022?

Garis panduan kod kandungan komunikasi dan multimedia

Kredit: Content Forum

Untuk makluman anda, kesemua garis panduan untuk pencegahan penyebaran berita palsu ini sebenarnya boleh didapati dalam Kod Kandungan Komunikasi dan Multimedia 2022 yang diterbitkan oleh Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia (CMCF).

Forum Kandunganadalah organisasi industri kawal sedia kendiri bebas dan didaftarkan di bawah Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia (MCMC) dan ditetapkan oleh Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 (CMA’98).

Tujuan utamanya adalah untuk menyelia dan mempromosikan kandungan kawal selia kendiri yang disebarkan melalui medium rangkaian elektronik.

Jangan tak tahu, Kod Kandungan 2022 telah dikemas kini bagi mengikuti perubahan masyarakat dan teknologi dengan penekanan pada bidang ini:

  • Kanak-kanak Dalam Pengiklanan
    • Meningkatkan perlindungan kanak-kanak dalam pengiklanan dan pengiklanan untuk kanak-kanak.
  •  Kebolehcapaian Orang Kurang Upaya (OKU)
    • Meningkatkan kebolehcapaian kandungan untuk Orang Kurang Upaya (OKU).
  •  Kesedaran Pencegahan Bunuh Diri
    • Memastikan perkongsian kandungan berkaitan bunuh diri yang beretika dan bertanggungjawab.
  •  Penggunaan Agama Dalam Pengiklanan
    • Melarang penggunaan mana-mana agama dalam sebarang bentuk iklan.
  •  Penyalahgunaan Dalam Talian dan Keganasan Berasaskan Jantina
    • Melarang kandungan yang mendorong salah guna dalam talian dan keganasan berasaskan jantina.
  •  Pempengaruh dan Pasaran Dalam Talian
    • Memastikan pematuhan peniaga dan pengiklan dengan garis panduan pengiklanan dalam talian.

Paling efektif, Forum Kandungan juga menyediakan biro aduan untuk anda mengemukakan aduan di 👉 Bahagian Aduan.

Jadi, kalau nak faham lebih lanjut lagi mengenai Kod Kandungan 2022 atau mahu membuat aduan isu berita palsu, boleh semak di Forum Kandungan Komunikasi dan Multimedia Malaysia (Forum Kandungan).

 

 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.