Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Kajian Buktikan Tak Kira Jantina, Tabiat Manusia Menipu Sering Berlaku Di Waktu Tengah Hari

Kadang kala tak perasan pun diri ni tengah menipu.
Editor
10 Nov 2020, 07:00 AM

Secara fitrahnya setiap orang menipu. Para pengkaji berkata manusia seringkali menipu terutamanya ketika kita berjumpa dengan orang yang baru. Terkadang kita tak perasan pun.

nak nampak baik depan orang, manusia sering menipu ketika waktu tengahari - kajian

Masa yang paling kerap untuk manusia menipu adalah pada waktu tengahhari. Mungkin kerana kita sudah penat dan telah berjumpa ramai orang, jadi tenaga kita untuk bersosial semakin berkurang. Lantas kita memilih jalan untuk menipu bagi mengelakkan sebarang konfrontasi.

Mungkin kita boleh gunakan ilmu ini untuk keguanaan seharian. Contohnya, bagi para majikan, elakkan buat temu duga pada waktu tengah hari supaya calon kurang menipu dalam menjawab soalan.

Terdapat banyak faktor seseorang itu akan tergerak untuk menipu. Jawapannya adalah segalanya. Setiap orang akan menipu untuk perkara yang berlainan. Duit, kasih sayang, untuk menyakiti seseorang. Kita juga, sebagai manusia, akan mula menipu apabila keayakinan kita terancam! Kita sebagai manusia secara umumnya sangat suka untuk memikirkan apa yang orang akan kata terhadap kita.

nak nampak baik depan orang, manusia sering menipu ketika waktu tengahari - kajian

Sebab itu, kajian menunjukkan manusia akan lebih selesa menipu kepada rakan sekerja kita daripada orang yang kita tidak kenali. Hal ini kerana kita mahu kelihatan baik di hadapan orang yang lebih rapat dengan kita.

Kajian menunjukkan tiada perbezaan antara lelaki dan perempuan dalam berapa banyak mereka menipu. Tetapi jantina mempengaruhi topik penipuan. Orang lelaki biasanya menipu untuk kelihatan diri mereka bagus dan hebat, manakala bagi kaum hawa menipu untuk tidak mengguris hati orang lain.

Tabiat menipu sebenarnya boleh dikesan sejak umur kita kurang setahun lagi. Ia ibarat fitrah semula jadi manusia. Kanak-kanak kecil tahu menipu sebelum mereka pandai bercakap lagi. Bayi akan menangis tanpa sebab hanya kerana inginkan perhatian.

Bercakap tentang kanak-kanak, terdapat satu kajian yang menarik yang menunjukkan bahawa kanak-kanak yang lebih tua akan menipu untuk kebaikan sesuatu kumpulan daripada kanak-kanak yang lebih muda

Kita selalu juga dengar bahawa ada orang yang boleh ‘baca’ riak wajah orang yang menipu. Kajian menunjukkan bahawa hal ini tidak benar. Manusia tidak memberikan ‘tanda-tanda’ yang jelas ketika menipu. Setiap orang akan menunjukkan reaksi atau tanda-tanda yang berbeza apabila menipu, contohnya, perubahan nada suara, pergerakan tangan atau kelipan mata. Jadi, ianya sangat sukar untuk betul-betul menentukan seseorang itu menipu.

Sumber: WebMD

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.