Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Hukum Ucap Selamat Hari Raya

Apabila tibanya hari raya maka umat Islam saling mengucapkan.....
Editor
03 Jun 2019, 12:47 PM

hukum ucap selamat hari raya

HUKUM UCAP SELAMAT HARI RAYA

Apabila tibanya hari raya maka umat Islam saling mengucapkan tahniah antara satu sama lain.

Hukumnya adalah sunat dan dianjurkan kerana ia amalan yang menambah erat hubungan sesama saudara mara dan sahabat handai.

Antara ucapan-ucapan yang selalu diucapkan pada hari perayaan Islam apabila bertemu ialah :

تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ

Artinya : “Semuga Allah menerima kebaikan dari kami dan dari kamu semua.”

atau

تَقَبَّلَ اللهُ مِنَّا وَمِنْكَ

Artinya : “Semuga Allah menerima kebaikkan dari kami dan dari kamu.”

atau

اَحَالَ اللهُ عَلَيْكَ

Artinya : “Semuga Allah mengelokkan atas kamu.”

atau

كُلُّ عَامٍ وَانْتُمْ بِخَيْرٍ

Artinya : “Semuga kamu dalam kebaikkan sepanjang masa.”

atau

مِنَ الْفَائِزِيْنَ وَالْمَقْبُوْلِيْنَ

Artinya : “Semuga kita termasuk dikalangan orang yang berjaya dan diterima.”

Atau yang biasa diucapkan dalam masyarakat melayu dengan ucapan :

Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin

Atau ucapan-ucapan lain yang semuanya elok diucap kerana mengandungi makna yang baik dan mendekatkan hati dan mengeratkan hubungan sesama kita.

Dalil- Dalil

قَالَ وَاثِلَةُ : لَقِيتُ رَسُولَ اللَّهِ صَلَّى اللَّهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ يَوْمَ عِيدٍ , فَقُلْتُ : تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ , فَقَالَ : " نَعَمْ تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ "

Artinya : “Berkata Wasilah bins Asqa’ r.a. :Aku berjumpa dengan Rasulullah saw pada hari raya maka aku berkata : 
تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ . Lalu baginda berkata : Ya. تَقَبَّلَ اللَّهُ مِنَّا وَمِنْكُمْ
(Fathul Baari)

عن أدهم مولى عمر بن العزيز قال كنا نقول لعمر بن عبد العزيز ( في الـعيدين ) تقبل الله منا ومنك يا أمير المؤمنين فيرد علينا ولا ينكر ذلك علينا

Diriwayatkan dari Adham budak Umar bin Abdul Aziz berkata ia : Adalah kami dahulu mengucapkan bagi Umar bin Abdul Aziz (pada hari raya) تقبل الله منا ومنك wahai pemimpin orang mukmin. Maka membalas ia atas ucapan kami dan tidak ia mengingkarkan yang demikian itu atas kami.” (Sunan Kubra Al-Baihaqi)

Berkata Al-Hafiz Al-Asqallani :

ورينا في المحامليات بإسناد حسن عن جبير بن نفير قال: كان أصحاب رسول الله إذا التقوا يوم العيد يقول بعضهم لبعض:تقبل الله مناومنك

Artinya : “Kami telah meriwayatkan pada Mahamiliyah dengan sanad yang hasan dari Jubai bin Nufair berkata ia : Adalah sahabat-sahabat Rasulullah saw apabila berjumpa pada hari raya akan berkata setengah mereka bagi setengahnya : تقبل الله مناومنك.” (Fathul Baari)

Dan dalil bagi harus mengucapkan

اَحَالَ اللهُ عَلَيْكَ

atau

كُلُّ عَامٍ وَانْتُمْ بِخَيْرٍ

atau

مِنَ الْفَائِزِيْنَ وَالْمَقْبُوْلِيْنَ

atau selamat hari raya maaf zahir dan batin atau ucapan-ucapan yang lain ialah semua ucapan ini mengandungi pengertian yang baik. Syarak tidak pernah melarang mengucapkan perkataan-perkataan yang baik samada ia dari Rasulullah atau dari sahabat atau dari tabiin atau dari salafussolih atau dari siapa sahaja kerana masuk dalam perintah yang umum menyuruh berkata yang baik-baik dan insyaAllah siapa yang mengucapkan perkataan yang baik maka pasti akan mendapat balasan pahala di sisi Allah.

Perkara ini sebenarnya amat luas maka mempersempitkannya tanpa hujah yang sahih adalah perbuatan yang salah dan dilarang dan alamat bagi kebodohan.

Perkataan yang berkata ucapan-ucapan yang tidak ada dalil diucapkan olih Nabi saw maka hukumnya adalah dilarang maka perkataan ini adalah batil. Ulamak-ulamak yang muktabar tidak berdalil dengan kaedah seperti ini.

Berkata Syeikh Shalih al Balihi :

لا بأس بتهنئة الناس بعضهم بعضا بما هو مستفيض بينهم من الكلام الذي لا محذور فيه

artinya : “Tidak salah dengan ucapan tahniah setengah manusia akan setengahnya dengan ucapan yang membaikkan antara mereka dari ucapan-ucapan yang tidak dilarang padanya.” (Kitab Salsabil fi ma’rifati Dalil)

Telah dinaqal pada kitab Al-Mausu’ah daripada Ibnu Amir Haj katanya :

الْأَشْبَهُ أَنَّهَا -يَعْنِي التَّهْنِئَةَ بِاْلعِيْدِ- جَائِزَةٌ مُسْتَحَبَّةٌ فِي الْجُمْلَةِ ثُمَّ سَاقَ آثَاراً عَنِ الصَّحَابَةِ… إِلَى أَنْ قَالَ: وَالْمُتَعَامَلُ فِي الْبِلَادِ الشَّامِيَةِ وَالْمِصْرِيَّةِ عِيْدٌ مُبَارَكٌ عَلَيْكَ وَنَحْوُهُ.

Artinya : “Pendapat yang kuat bahawa ucapan tahniah dengan hari raya adalah harus dan elok pada kesemuanya.”

Kemudian beliau mengutip beberapa perkataan para sahabat. Dan berlaku di Syam dan Mesir ucapan “Eid Mubarak atas kamu” dan seumpamanya. “

Kemudian beliau berkata :

وَعَلَى هَذَا، فَلَا مَانِعَ مِنَ التَّهْنِئَةِ عِنْدَ سَبَبِهَا بِمَا يَدُلُّ عَلَى الْمُرَادِ بِأَيِّ لَفْظٍ مِنَ الْأَلْفَاظِ الْوَارِدَةِ فِي السُّؤَالِ وَغَيْرِهَا مِنَ الْأَلْفَاظِ الْمُشَابِهَةِ، سَوَاءٌ قِيْلَ كُلَّ سَنَةٍ وَأَنْتَ بِخَيْرٍ، أَوْ كُلَّ عَامٍ وَأَنْتَ طَيِّبٌ، لَا فَرْقَ بَيْنَ هَذَيْنِ اللَّفْظَيْنِ

Artinya : “Dan atas ini maka tiada larangan dari mengucap tahniah disisi sebabnya dengan ucapan yang menunjuk atas maksud dengan apa sahaja ucapan dari lafaz-lafaz yang datang pada soal dan lainnya dari ucapan-ucapan yang searti samada diucapkan كُلَّ سَنَةٍ وَأَنْتَ بِخَيْرٍ atau كُلَّ عَامٍ وَأَنْتَ طَيِّبٌ maka tiada beza antara kedua lafaz ini.” (Fatawa Asy-Syabkah Al-Islamiyah)

Wallahua’lam

+ Ustaz Azhar Idrus (Original)
#ohislam

Sumber dari Facebook Ustaz Azhar Idrus Original

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.