Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Lelaki Beli Cincin Tunang Bernilai RM11,000 Diejek Kedekut Oleh Bakal Mak Mertua

Keadaan jadi lebih keruh apabila teman wanitanya sendiri kembalikan cincin pertunangan itu.
Editor
22 Feb 2021, 07:00 AM

Seorang lelaki berkongsi kisahnya di Reddit selepas diejek oleh bakal ibu mertuanya kerana membeli cincin pertunangan yang terlalu murah.

Menurut laporan Mirror, keadaan jadi lebih menyedihkan apabila teman wanitanya sendiri kembalikan cincin pertunangan yang dibelinya pada harga £2,200 (RM11,000) dan meminta untuk menukarkan dengan cincin berharga £7,500 (RM40,000).

lelaki beli cincin tunang bernilai rm11,000 diejek kedekut oleh bakal mak mertua

Lelaki tersebut kemudian meminta nasihat daripada pengguna Reddit, sama ada perlu kah dia menghabiskan wang untuk membeli cincin pertunangan baru atau tidak.    

“Saya dan pasangan telah berbincang mengenai pertunangan ini selama setahun atau lebih. Saya mempunyai pekerjaan yang baik sehingga saya mampu untuk membeli cincin pertunangan yang mahal dan jika saya mengikut 10% daripada peraturan terbabit, maka saya harus mengeluarkan sekitar 10-15k.

“Walau bagaimanapun, ibu bapa, kakak dan anak saudara saya telah dijangkiti COVID-19 tahun ini, saya memerlukan wang untuk terus membantu mereka untuk sementara waktu.

“Kakak saya pula telah kehilangan kerja jadi saya perlu membantunya, manakala tempat saya bekerja telah mengumumkan bahawa mereka akan memberhentikan 150 pekerja pada tahun depan,” tulis lelaki yang tidak dikenali.

Walaupun lelaki itu percaya dia bukan antara 150 orang yang akan diberhentikan kerja, namun tiada apa yang dapat menjamin masa hadapannya. Dia masih perlu menyimpan wang untuk situasi darurat dan disebabkan itu dia memilih cincin emas putih bertatahkan berlian yang berharga £2,200.

lelaki beli cincin tunang bernilai rm11,000 diejek kedekut oleh bakal mak mertua

Pada mulanya, teman wanitanya itu sangat gembira dengan cincin yang dibeli olehnya. Namun semuanya mula berubah selepas ibunya menyatakan bahawa cincin itu murah. Lebih teruk lagi, dia dituduh tidak mengambil hal ini dengan serius.

“Saya rasa seperti orang bodoh, dia enggan bercakap dengan saya, ibu bapanya menuduh saya menggunakannya dan memperlakukannya seperti sampah. Saya cuba menjelaskan situasi saya tetapi mereka tidak mahu mendengar dan menuntut sekurang-kurangnya 10% cincin itu.”

Hantaran itu kemudiannya menimbulkan pelbagai reaksi dari netizen. Kebanyakan daripada mereka memilih untuk mempertahankan tindakan lelaki tersebut dan mengatakan bahawa lelaki itu tidak perlu menghabiskan wang untuk orang yang tidak tahu menghargai.

Sumber: Mirror

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.