Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Cara Nak Buat Sambal Kicap Pedas, Padu Dan Boleh Tahan Lama!

Selain sambal belacan, sambal kicap ni antara sambal kegemaran rakyat Malaysia!
Editor
29 Nov 2021, 07:58 AM

Kalau makan bihun sup, soto ataupun bergedil memang wajib kena tambah sambal kicap. Bahkan, orang Johor siap cicah sambal kicap ni dengan pisang goreng. Bunyi macam pelik, tapi bila dah cuba memang sedap!

Susah ke nak buat sambal kicap ni? Tak ada la! Mudah saja! Ni nak kongsikan resepi sambal kicap dari Johor. Bukan sahaja sedap, tapi boleh tahan lama!

cara nak buat sambal kicap pedas, padu dan boleh tahan lama!

Bahan-bahan:

2 genggam cili padi hijau

8 ulas bawang putih

Kicap manis, kicap pekat dan kicap cair

cara nak buat sambal kicap pedas, padu dan boleh tahan lama!

Cara membuat:

1. Goreng seketika dua bahan di atas. Ini supaya sambal kicap bertahan lebih lama. Cili padi perlu dipatah-patahkan supaya tidak meletup semasa menggoreng.

2. Selepas digoreng seketika masukkan dalam bekas pengisar.

3. Tambahkan kicap, pastikan kuantiti kicap menutupi paras bahan tadi.

4. Tambahkan dua sudu kicap pekat dan kicap cair untuk menghasilkan warna yang cantik.

5. Tambah sedikit gula mengikut citarasa sendiri dan secubit garam jika perlu.

6. Kisar sehingga lumat. Tuang dalam mangkuk dan kacau sebati. Boleh tambah baik rasa jika perlu.

cara nak buat sambal kicap pedas, padu dan boleh tahan lama!

Cara simpan supaya tahan lebih lama

Masukkan ke dalam bekas yang bertutup. Guna sudu kering setiap kali mengambilnya. Hidang dalam bekas berasingan.

Kalau simpan terlalu lama dalam peti, sambal kicap akan memekat. Jadi boleh tambah air masak, kacau sebati. Boleh tambah perasa lagi sekali jika tidak memadai.

Sumber: Vanilla Kismis via Afy Al Habibi

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.