Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Anda Memang Budak Sekolah Zaman Dulu Jika Tak Lalui 5 Perkara Ini

Macam-macam cabaran menanti pelajar hari ni.
Editor
05 Jan 2018, 10:32 AM

Kredit gambar utama: Shutterstock

Dulu lain sekarang lain, cabaran bersekolah zaman dulu jauh bezanya dengan sekarang.  Iyalah, dulu tiada teknologi dunia tanpa sempadan, rujukan yang ada pun di sekitar kawasan kediaman. Sekarang, semua dah canggih dan cabarannya juga semakin hebat.  

Jika anda stress dengan tekanan hidup, kepenatan bekerja dan tanggungjawab rumahtangga, kanak-kanak juga tak terkecuali. Mereka memperuntukkan hampir 14 jam setiap hari untuk melakukan pelbagai aktiviti.  Rutin mereka bermula seawal pagi untuk bersiap-siap ke sekolah dan berakhir kira-kira jam 10 malam.

Menurut laporan yang dikeluarkan Kementerian Kesihatan Malaysia, pengambilan nutrisi yang disyorkan untuk kanak kanak sekolah adalah 400-450kcal lebih banyak berbanding kanak-kanak pra-sekolah yang hanya memerlukan kira-kira 1,300kcal. Pelajar sekolah rendah juga perlukan pengambilan garam mineral dan vitamin lebih banyak!

Anak-anak sudah mula bersekolah, ibubapa tentunya insan paling nervous, kan? Tambahan lagi cabaran sekolah hari ni tak sama dengan dulu. Jom sertai kempen MILO® Kembali Ke Sekolah agar anda dan anak-anak lebih bertenaga dengan rutin persekolahan. Sebelum itu, kami senaraikan 5 cabaran pelajar sekolah hari ini yang pelajar dulu tak perlu lalui.

#1 Kelas Tambahan

Dulu tak perlu pun kelas tambahan. Kalau ada pun, hanyalah untuk mereka yang akan menduduki peperiksaan besar seperti PMR dan SPM. Tapi kini kelas tambahan dah mula seawal pra-sekolah atau paling tidak pun seawal sekolah rendah.

#2 Baru Darjah 1

anda memang budak sekolah zaman dulu jika tak lalui 5 perkara ini

Kredit: Shutterstock

Darjah 1 bukan baru belajar mengenal huruf tetapi pelajar sekolah hari ini, sudah boleh membaca dengan lancar sebelum masuk sekolah rendah. Iyalah, mereka telah mula bersekolah seawal usia 3 ke 4 tahun lagi.

Hari pertama persekolahan untuk pelajar tahun 1 paling tak boleh dilupakan ibubapa. Dalam keterujaan, jangan lupa bekalkan keperluan fizikal dan diet mencukupi agar anak-anak bertenaga dan gembira sepanjang hari.

#3 Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

Pendidikan bukan sekadar di buku teks tetapi pelajar perlu bijak membuat keputusan, berupaya mencipta sesuatu dan mahir berfikir secara kreatif. Silibus darjah 1 sudah setaraf darjah 4 dan darjah 6 pula sudah seperti tingkatan 2.  

#4 Kerja Sekolah

Jika dahulu kerja sekolah diberi mengikut muka surat buku latihan, tetapi hari ini kebanyakannya boleh dilakukan secara online. Rujuk website berkaitan dan segalanya ada di sana. Penilaian juga bukan berpandu peperiksaan semata-mata, tetapi kerja kursus dan aktiviti berkumpulan menjadi kayu ukur baru.

#5 Kemahiran Pelbagai

Bukan sekadar membaca mengira, tetapi kanak-kanak sekolah hari ini ada kebolehan ekstra seperti bermain muzik, menari, berlakon, berenang, melukis, pelakon iklan, membuat video dan menyanyi. Daripada hobi, ramai juga yang mampu jana pendapatan tambahan.

Jika anda kanak-kanak sekolah zaman dulu, anda tentu tidak melalui 5 perkara ini. Jika ada pun, tidak seteruk pelajar sekarang. Kanak-kanak hari ini melalui hari yang semakin mencabar dan sebagai ibubapa, kita perlu memainkan peranan secukupnya...

Paling penting, pastikan anak-anak mendapat sarapan pagi yang lengkap dengan bekalan nutrisi agar mereka kekal bertenaga sepanjang hari. Kanak-kanak yang tidak mengambil sarapan pagi lebih berkemungkinan mengalami obesiti, boleh menyebabkan mereka lambat memberi respon, tumpuan terganggu serta kurang melakukan aktiviti fizikal berbanding mereka yang bersarapan. Sarapan pagi boleh memberi kesan positif kepada tumpuan kognitif dan memori serta bantu proses pembelajaran di sekolah. 

anda memang budak sekolah zaman dulu jika tak lalui 5 perkara ini

Kredit: Instagram @milo_malaysia

Tak susah pun hendak berikan anak-anak sarapan pagi berkhasiat. Makanan seimbang dan bernutrisi lebih lengkap jika dipadankan dengan segelas MILO® yang mengandungi  Activ-Go™ dan kombinasi unik PROTOMALT®, mineral dan vitamin seperti Vitamin B dapat mengembalikan tenaga yang telah hilang sewaktu tidur serta bekalkan tenaga dan nutrien penting untuk aktiviti harian.

anda memang budak sekolah zaman dulu jika tak lalui 5 perkara ini

Kredit: Instagram @milo_malaysia

Layari  www.milo.com.my untuk pelbagai idea sarapan pagi. #MILOkembalikesekolah

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.