Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Selangor Ketatkan SOP Larangan Bawa Kanak-Kanak Bawah 12 Tahun Ke Bazar Ramadan

Bantuan Rela akan ditempatkan untuk memantau pemantuhan SOP di bazar Ramadan
nura
22 Apr 2021, 11:49 AM

Kerajaan Selangor memperketatkan prosedur operasi standard (SOP) di bazar Ramadan dengan melarang pengunjung membawa kanak-kanak berumur 12 tahun ke bawah ke tapak tersebut.

selangor ketatkan sop larangan bawa kanak-kanak bawah 12 tahun ke bazar ramadan

Menurut Pemangku Datuk Bandar Shah Alam, Mohd Rashidi Ruslan berkata, perkara tersebut diputuskan setelah pihaknya bermesyuarat bersama Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Amirudin Shari pada Ahad berkenaan SOP di bazar Ramadan.

Beliau turut berkata selepas tinjauan yang dilakukan pada minggu pertama Ramadan, ia dapati pengunjung tidak mematuhi SOP yang telah diberikan oleh itu keputusan memperketatkan SOP di bazar Ramadan dilaksanakan.

selangor ketatkan sop larangan bawa kanak-kanak bawah 12 tahun ke bazar ramadan

Tambahnya lagi, pihaknya turut bertemu dengan para operator bazar pada Selasa untuk menggunakan sistem penomboran di semua bazar bawah pentadbiran Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) untuk mengelakkan operasi di tapak tersebut menjadi terlalu padat.

“Selain itu, kita mewujudkan satu ‘task force’ melibatkan Jabatan Perlesenan dan Penguatkuasaan serta menambah penolong pegawai persekitaran daripada Jabatan Sisa Pepejal untuk membantu dari segi pemantauan SOP di bazar Ramadan.

“Kami mohon kerjasama daripada semua pengunjung untuk bersabar tapi inilah yang kita perlu lalui ketika negara dilanda COVID-19 untuk memastikan agar kluster baharu daripada bazar Ramadan tidak wujud,” katanya.

selangor ketatkan sop larangan bawa kanak-kanak bawah 12 tahun ke bazar ramadan

Dalam pada itu, pihaknya menempatkan seramai 200 penguat kuasa yang bertugas dengan bantuan Jabatan Sukarelawan Malaysia (Rela) untuk memantau pemantuhan SOP di bazar Ramadan.

Namun, jumlah penguat kuasa yang ditempatkan di tapak bazar akan bergantung kepada keluasan lokasi.

“Gunakanlah peluang berniaga yang diberikan oleh kerajaan negeri dengan sebaiknya, kalau boleh kita cuba untuk mempermudahkan urusan dari awal hingga ke akhirnya.

“Kita tidak mahu bazar Ramadan ini ditutup hanya sebab ketidakpatuhan SOP daripada pengunjung dan kita mahu agar bazar ini berjalan lancar,” katanya.

Sumber: Sinar Harian