Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

‘Adiwira Pulau Pinang’, Black Panther Dan Predator Agihkan Makanan Pagi Percuma!

Wah! Black Panther dan Predator turun padang!
nura
08 Jul 2021, 06:00 PM

Orang ramai tergamam apabila melihat tiga sosok tubuh yang menyembunyi wajah mereka sebalik kostum Black Panther dan Predator berjalan di hadapan Hotel Royal Penang sambil melambai-lambaikan tangan.

‘adiwira pulau pinang’, black panther dan predator agihkan makanan pagi percuma!

Kumpulan yang digelar sebagai 'Adiwira Pulau Pinang' yang dianggotai Mohd Nor Hisham Awang Nong, 48, Mohd Wan Hafizi Wan Zakaria, 40, dan Azhar A. Rahman, 64, itu berniat murni untuk mengagihkan bungkusan makanan secara percuma.

Pemakaian kostum itu menarik perhatian seorang pengguna jalan raya Mohd Ali Mohd Sharif, 55, yang menyangka terdapat festival jalanan yang sedang dianjurkan. Tetapi setelah memberhentikan motosikal yang dinaiki bersama anak lelakinya Mohd Rais Mohd Ali, 23, tekaannya nyata meleset.

"Setelah disuruh berhenti, rupanya ada adiwira nak bagi makanan pagi secara percuma. Terima kasih sebab ambil inisiatif untuk bantu orang awam yang terkesan ketika pandemik COVID-19," katanya.

Muzlifa Alias, 31, yang dalam perjalanan ke tempat kerja di Jalan Anson turut berkata inisiatif seumpama itu patut diteruskan kerana ramai golongan yang begitu terkesan dengan situasi pandemik sekarang.

"Inisiatif ini patut diteruskan sebab ramai lagi yang tak cukup makan. Dengan pemberian makanan percuma sekurang-kurangnya pagi ini perut mereka terisi," katanya.

‘adiwira pulau pinang’, black panther dan predator agihkan makanan pagi percuma!

‘adiwira pulau pinang’, black panther dan predator agihkan makanan pagi percuma!

Bagi menjayakan inisiatif berkenaan, kumpulan Adiwira Pulau Pinang itu telah bekerjasama dengan pihak pengurusan Hotel Royal Penang diketuai Pengurus Besarnya Amran Taib untuk menyediakan 400 bungkus nasi lemak, 150 bihun dan 200 bungkus air teh dan kopi untuk diagihkan kepada orang awam secara percuma.

Sementara itu, Amran berkata pihaknya merayu kepada kerajaan negeri supaya mempercepatkan proses vaksinasi petugas perhotelan yang berdaftar di bawah Persatuan Hotel Malaysia Pulau Pinang.

"Setakat ini, kira-kira 4,000 orang pekerja perhotelan di bawah persatuan ini belum menerima vaksin. 

“Jadi, langkah segera perlu dilakukan oleh kerajaan negeri termasuk Kementerian Kesihatan untuk menimbangkan keutamaan pemberian vaksin kepada pekerja hotel kerana tugas kami berdepan dengan orang ramai dan tidak mahu mendatangkan risiko kepada pelanggan," katanya.

Sumber: Awani

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.