Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Kajian Menyatakan Adik Bongsu Paling Kelakar Dalam Keluarga

Hmmm betul ke adik bongsu paling kelakar?
Editor
23 Sep 2020, 06:27 PM

Memang ada orang tak suka mengaku bahawa susunan adik-beradik dalam keluarga membentuk keperibadian kita. Dan ternyata, anak bongsu lebih cenderung menjadi ahli keluarga yang paling kelakar. Ada kajian sains untuk membuktikannya!

kajian menyatakan adik bongsu paling kelakar dalam keluarga

Baru-baru ini, ada satu kajian yang dilakukan pada 1,782 orang berumur 18 tahun ke atas. Mereka diminta untuk membandingkan diri dengan adik-beradik mereka dengan sifat berbeza dan 46% menyatakan bahawa yang paling muda dalam keluarga merupakan adik-beradik yang paling kelakar!

47% juga menyatakan bahawa yang anak bongsu bersifat lebih santai dibandingkan dengan yang abang atau kakak sulung dalam keluarga. 54% daripada mereka didapati lebih bertanggungjawab, teratur dan 38% menganggap sebagai anak sulung antara yang paling berjaya dalam keluarga.

Para pengkaji disebalik teori ini, anak sulung biasanya mengambil peranan sebagai anak yang bertanggungjawab dan sering berusaha untuk menggembirakan ibu bapa mereka. Mereka turut berasa bertanggungjawab terhadap adik-adik mereka.

Anak tengah atau selalunya digelar sebagai Angah sering merasa cemburu kerana mereka tidak pernah diberikan perhatian seperti anak sulung atau anak bongsu, sehingga mereka cenderung untuk memberontak. Tetapi mereka akan belajar untuk bergaul lebih mudah dengan orang lain.

Anak bongsu sering berusaha untuk menolak status anak sulung yang lebih tinggi dan cuba menjadi berbeza untuk membezakan diri mereka. Biasanya anak bongsu ini lebih beremosi, kreatif dan lucu!

Kalau anak tunggal pula, mereka satu-satunya anak dalam satu keluarga dan ini yang menjadikan mereka lebih manja. Kadang-kadang mereka memiliki semua perhatian kepada diri sendiri tetapi sering sekali mereka juga dilihat lebih pintar kerana mereka dikelilingi orang yang lebih tua dan dapat sokongan yang mereka perlukan.

Jadi anda yang mana satu? Dan anda setuju tak dengan kajian dan teori ini?

Sumber: Brightside

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.