Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

COVID-19 Belum Habis Reda, Ada Virus Selesema Baru Dikesan Di China, Saintis Percaya Ia Berisiko Pandemik

Apa? Virus baru?
Editor
30 Jun 2020, 03:56 PM

Ketika ini, satu dunia sedang memerangi wabak COVID-19 tetapi tidak sangka ada virus selsema baru dikesan di China.

Para saintis di China berjaya mengenal pasti satu lagi virus baharu yang dipercayai berpotensi menjadi pandemik.

covid-19 belum habis reda, ada virus selesema baru dikesan di china, saintis percaya ia berisiko pandemik

Ini selepas penemuan pada dua individu yang dilaporkan telah dijangkiti dengan virus tersebut baru-baru ini.

Menurut petikan Jurnal PNAS, virus ini diberi nama G4 EA H1N1 yang mirip selesema babi H1N1 yang pernah melanda dunia pada tahun 2009.

Pada masa ini, vaksin infuenza sedia ada tidak melingkungi virus G4 EA H1N1 dan ia didapati manusia tidak mempunyai kekebalan terhadap virus ini.

"Adalah menjadi kebimbangan sekiranya jangkitan itu merebak dan meningkatkan risiko wabak.

"Tinjauan epidemiologi mendapati kedua-dua pesakit mempunyai jiran yang memelihara babi.

"Pada masa sama, virus G4 EA ini didapati boleh berjangkit daripada babi kepada manusia, menyebabkan jangkitan teruk dan kemungkinan membawa maut," tulis artikel itu.

Para saintis melaporkan 10.4 peratus (35 daripada 338) pekerja di ladang babi itu telah diuji dan mendapati mempunyai antibodi virus tersebut.

"Jangkitan seperti ini meningkatkan kemungkinan adaptasi virus itu dalam kalangan manusia, dan menimbulkan kebimbangan terhadap kemungkinan terjadinya pandemik," kata para saintis.

Walaupun tidak diketahui tahap bahaya, namun para penyelidik memberi amaran dan perlu ambil perhatian.

Sumber: Awani

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.