Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Zoo Jerman Mungkin Terpaksa Korbankan Beberapa Haiwan Bagi Mengelak Kebuluran

Zoo Jerman yang tidak dapat beroperasi pada waktu ini menjejaskan pendapatan bagi membeli makanan buat semua haiwan.
Editor
15 Apr 2020, 05:27 PM

Tidak boleh dinafikan situasi pandemik memberi kesan yang besar kepada semua orang di seluruh dunia termasuklah haiwan-haiwan di zoo.

Ternyata kini terdapat sebuah zoo di utara Jerman yang sedang memohon bantuan derma daripada masyarakat untuk meneruskan operasi dan memberi makan haiwan dalam kurungan.

zoo jerman mungkin terpaksa korbankan beberapa haiwan bagi mengelak kebuluran

Oleh kerana langkah kawalan pergerakan ketat yang dilaksanakan di Jerman, zoo yang selalunya padat dengan pengunjung pada masa musim cuti tidak dapat beroperasi pada waktu ini. Sekali gus, ia menjejaskan pendapatan bagi membeli makanan buat semua haiwan.

Memetik laporan BBC, pengarah zoo berkata, jika keadaan makin mendesak, berkemungkinan besar beberapa haiwan akan terpaksa dikorbankan untuk memberi makan kepada haiwan-haiwan lain.

"Kami telah menyenaraikan haiwan yang akan disembelih dahulu," kata pengarah Zoo Neumünster, Verena Kaspari kepada portal berita Die Welt.

Kaspari berkata langkah mengorbankan beberapa haiwan itu walaupun "tidak menyenangkan" hanyalah usaha terakhir demi kelangsungan zoo.

Malah ia tidak mampu untuk menyelesaikan masalah kewangan yang dihadapi pihak zoo tersebut susulan penutupan sementara operasinya.

zoo jerman mungkin terpaksa korbankan beberapa haiwan bagi mengelak kebuluran

"Jika terdesak, saya terpaksa mematikan haiwan ini daripada melihat ia menanggung azab kebuluran," katanya lagi.

Menurutnya lagi, anjing laut dan penguin memerlukan ikan segar dalam kuantiti banyak setiap hari.

Zoo yang terletak di Berlin itu dimiliki sebuah persatuan yang tidak layak mendapat bantuan dana kecemasan negeri untuk perniagaan kecil.

Dianggarkan kerugian yang bakal dialami zoo tersebut pada musim bunga ini mencecah €175,000 (kira-kira RM832,000).

Untuk perkembangan terkini tentang COVID-19, anda boleh klik di sini.

Sumber: Awani

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.