Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Tip & Strategi Menang Besar Dalam Cabaran Supermarket Sweep

Hanya pam di Caltex atau berbelanja di Mydin untuk peluang serta cabaran ini!
Editor
04 Jan 2019, 12:59 PM

Kredit gambar utama: Shutterstock

Setiap bulan bila dapat je gaji, sudah jadi kemestian untuk beli barang keperluan rumah, kan? Bukan RM1 atau RM2 habis, tetapi beratus ringgit. Bayangkan, jika anda dapat bawa pulang berbagai barangan keperluan tanpa perlu mengeluarkan duit poket? Dan lagi menarik anda dapat ambil apa sahaja yang diingini sehingga RM3000! Tetapi barangan ini kenalah anda dapatkan dalam tempoh 3 minit!

Teruja? Anda boleh jadi salah seorang daripada 35 pemenang bertuah dalam cabaran Caltex Spend and Sweep di cawangan Mydin terpilih. Untuk menyertainya, anda hanya perlu:

#1 Isi minyak dengan jumlah minima RM30 di Caltex menggunakan Kad JOURNEY™Caltex atau B Infinite untuk dapatkan 1 peluang penyertaan, atau;  

#2 Berbelanja RM30 di Mydin untuk dapatkan 1 peluang penyertaan, atau;

#3 Isi minyak dengan jumlah minima RM30 di Caltex dengan Kad JOURNEY™ Caltex atau B Infinite + RM30 di Mydin untuk dapatkan 3 peluang penyertaan.

Siapa tahu anda cukup bertuah dan terpilih menyertai cabaran ini. Sebelum anda mulakan misi memenuhkan troli dengan barangan yang diingini, apa kata anda baca tip serta strategi yang boleh dilakukan untuk ‘menang besar’ dalam cabaran Caltex Spend and Sweep.

#1 Kenali Supermarket Anda

Disebabkan anda sudah mengetahui lokasi cabaran lebih awal, bolehlah anda recce Mydin terlibat. Ketahui selok belok dan kedudukan barang terutamanya lokasi barangan keperluan harian seperti sabun pencuci, produk minuman serta barangan kecantikan dan senaraikan barangan yang diingini.

#2 Rancangan Strategi

Melalui senarai yang telah siap, rancang strategi untuk mulakan cabaran anda dari mana dan berakhir di mana. Pastikan barangan yang disenarai tidak terlalu besar kerana hanya barangan yang berada DI DALAM troli sahaja akan dikira, barang yang dipegang atau jatuh tidak akan dikira selepas tamat masa. Penting untuk anda kekalkan fokus untuk ambil barangan yang telah disenaraikan mengikut kuantiti tertentu dan rancang susun letak barangan untuk memaksimakan ruang di dalam troli.

 

#3 Ambil Tahu Barang Apa Yang Boleh Dan Tak Boleh Diambil

Tidak semua barang boleh dimasukkan ke dalam troli. Antara barangan yang tidak dibenarkan termasuklah yang mudah rosak seperti daging, ikan serta sayur dan barangan yang diletakkan di sebalik kaunter seperti susu formula kanak-kanak. Iyalah, rugikan kalau anda dah ambil barangan ni tetapi tidak dikira akhirnya...

#4 Penuhkan Troli Dengan Barang Kecil Tetapi Mahal

Sebaiknya penuhkan troli dengan barangan bersaiz kecil dengan nilai harga yang besar seperti sabun pencuci, minuman paket 3 dalam 1, syampu, pewangi pakaian dan minyak masak sebelum ambil barangan bersaiz besar yang lebih mahal seperti pampers dan beras.

#5 Bersaing Dengan Berhemah & Adil

Usah rosakkan barangan di dalam pasaraya ataupun melakukan provokasi sehingga menyebabkan pergaduhan atau salah faham. Bersaing dengan adil menggunakan strategi yang telah anda rancang!

Anda dah ready? Cepat! Promosi ini berlangsung mulai sekarang hingga 15 Mac 2019. Layari website Caltex untuk info lanjut. Korang boleh juga klik di sini untuk terma dan syarat Caltex Spend and Sweep..

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.