Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Unik Sungguh Teknik Penjarakan Sosial Di Kerala Dengan Menggunakan Payung

Sebuah kampung di Kerala, India, menggunakan payung bagi mencegah jangkitan wabak COVID-19.
Editor
27 Apr 2020, 12:28 PM

Semua masyarakat di seluruh dunia disarankan untuk mengamalkan penjaraan sosial dan duduk di rumah dengan keadaan pandemik ketika ini.

Namun di sebuah kampung di Kerala, India, selain memakai penutup hidung dan mulut serta menggunakan cecair pembasmi kuman, mereka menggunakan payung bagi mencegah jangkitan wabak koronavirus.

unik sungguh teknik penjarakan sosial di kerala dengan menggunakan payung

Idea unik itu diperkenalkan badan kerajaan tempatan kampung Thanneermukkom di Kerala dan merupakan inisiatif Menteri Kewangan negeri T.M. Thomas Isaac.

Menurut beliau, dengan membuka payung, ia akan memaksa orang lain untuk menjarakkan diri sekurang-kurangnya satu meter daripada payung tersebut.

Badan kerajaan itu turut memberi subsidi bagi penjualan payung di kedai-kedai koperasi serta menawarkan pelan pembayaran secara beransur bagi mereka yang tidak mampu.

Selain itu, sebanyak 12,000 payung akan disalurkan kepada penduduk kampung berkenaan.

Teknik unik yang diperkenalkan di Kerala itu mendapat pujian dan perhatian daripada media antarabangsa.

Kerajaan Kerala bertekad mengambil langkah-langkah proaktif sejak kes koronavirus pertama dikesan di negeri itu pada 30 Januari apabila seorang pelajar bidang perubatan pulang dari Wuhan, China.

Secara keseluruhan, India merekodkan 26,917 kes positif dan 826 angka kematian akibat COVID-19 setakat Ahad.

Untuk perkembangan terkini tentang COVID-19, anda boleh klik di sini.

Sumber: Awani

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.