Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Ada Kajian Yang Menyatakan Bahawa Tekanan Menyebabkan Rambut Cepat Beruban

Tertanya-tanya juga apa penyebab rambut cepat beruban ni.
Editor
12 Sep 2020, 07:00 AM

Selalu saja dengar yang tekanan mampu membuat rambut kita cepat beruban.

Dan ia bukan sekadar kata-kata kerana tekanan atau stress sebenar-benarnya akan membuat rambut cepat beruban dan apabila rambut sudah memutih, ia tidak akan kembali ke warna asal.

Kajian sekumpulan penyelidik Universiti Harvard mendapati hormon norepinephrine dibebaskan ketika badan berada dalam keadaan tertekan atau stress.

Di bawah tekanan yang luar biasa, norepinephrine dibebaskan ke dalam saluran darah di mana ia meningkatkan kadar denyutan jantung dan menyediakan tubuh bertindak balas terhadap sebarang ancaman.

ada kajian yang menyatakan bahawa tekanan menyebabkan rambut cepat beruban

Sel stem melanocyte (MSC) iaitu sel kulit yang menghasilkan pigmen yang turut berfungsi memberikan warna pada rambut boleh rosak oleh kerana keadaan tekanan yang luar biasa.

Umumnya manusia akan mula beruban pada usia 30-an, dan rambut akan putih keseluruhan ketika usia menjangkau 50 tahun.

Mereka yang beruban pada usia remaja kebiasaannya adalah disebabkan faktor genetik.

Dalam hasil penyelidikan yang diterbitkan dalam jurnal Nature menyebut, kebanyakan kita mempunyai anekdot tentang bagaimana tekanan memberi reaksi terhadap tubuh mereka.

"Paling utama pada kulit dan rambut mereka, satu-satunya tisu yang dapat kita lihat dari luar.

"Kami mahu memahami jika hubungan ini adalah benar, dan jika ya, bagaimana tekanan membawa perubahan dalam tisu yang pelbagai," kata Dr Ya-Chieh Hsu, profesor sel stem dan biologi regeneratif di Harvard.

ada kajian yang menyatakan bahawa tekanan menyebabkan rambut cepat beruban

Sudah diketahui sebelum ini, hormon yang dihasilkan sebagai tindak balas kepada tekanan memberi kesan kepada sel stem yang memberi warna rambut.

Tetapi apa yang ingin ditentukan ialah hormon manakah yang sering diperkatakan dan dari mana ia datang.

Para penyelidik mendapati bahawa tekanan menyebabkan sistem saraf mengeluarkan norepinephrine ke salur darah.

Norepinephrine dihasilkan otak dalam keadaan tertekan menjadikan tubuh lebih berjaga-jaga dan bersedia untuk melawan tekanan.

Tetapi ia juga menyebabkan sel stem dalam folikel rambut diaktifkan secara berlebihan, menurut kajian itu.

"Apabila kita memulakan kajian ini, saya tahu tekanan beri kesan buruk. Tetapi rupa-rupanya ia jauh lebih teruk daripada yang saya bayangkan.

"Selepas beberapa hari saja, semua sel pemulihan stem hilang dan anda tidak boleh menghasilkan semula pigmen lagi. Kerosakan itu kekal," tambah Cheih Hsu.

Sumber: Astro AWANI

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.