Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Situasi Biasa Ketika Berpantang Yang Buat Anda Kata “Eh, Macam Sama”

Ha... Bukan anda seorang je yang rasa.
Editor
08 May 2018, 05:13 PM

Kredit gambar utama: Shutterstock

Momen mengandung dan melahirkan sememangnya sesuatu yang istimewa. Setelah 9 bulan ‘membawa perut’, alahan, sakit-sakit badan dan tidak lena tidur akhirnya wajah yang dinanti lahir di dunia. Dan, bermulalah bab berpantang. Siapa yang mampu kelihatan seperti Kate Middleton dalam video terbaharunya yang tular baru-baru ini? Dengan high heel dan dress serba merah, tersenyum melambai rakyat jelata walaupun baru beberapa jam melahirkan Prince Louis?

Rambut diikat tinggi, jalan perlahan terkepit-kepit dengan muka pucat. Tu situasi biasa. Macam tu juga dengan 5 fakta ni. Ramai yang ingat mereka seorang je yang pelik, mengada-ngada sedangkan situasi ini boleh dikatakan terjadi kepada kebanyakan wanita selepas bersalin.

 

#1 Trauma untuk buang air besar bagi yang bersalin normal. Lebih merisaukan jika sembelit. Hai la.. seriau memikirkan jahitan terbuka kembali.

#2 Selalu rasa susu badan tidak cukup atau anak tidak kenyang. Tambah-tambah pula banyak makcik bawang yang hasut suruh beli susu formula.

#3 Keliru, orang ni kata tak boleh, yang ini pula kata boleh. Mana satu yang hendak diikut? Selalunya terjadi kepada mereka yang baru pertama kali berpantang.

#4 Walaupun semua orang pesan agar berehat, jangan lakukan kerja rumah tetapi kebanyakan ibu terutamanya yang berpantang sendiri, akan curi-curi lakukan kerja rumah.

#5 Sensitif, mudah menangis, stress dan risau tanpa sebab. Keadaan ini bertambah sukar jika kita berpantang sendiri dan ditinggalkan keseorang di rumah bersama bayi baru.

Alangkah bestnya jika ada orang yang menjaga sepanjang tempoh berpantang, kan? Dapat pula yang berpengalaman dan mahir mengendalikan situasi post natal. Iyalah, banyak yang perlu dijaga. Selain memakai pilis, berbengkung, berurut dan bertungku, banyak pula isu lain yang perlu diambil kira termasuklah jika bayi jaundis, jenis-jenis makanan yang boleh dan tidak boleh dimakan dan bengkak susu.

Nasib ada MamaCare yang mempunyai sekumpulan wanita terlatih dalam menjaga wanita berpantang. Rupanya bukan sahaja di Malaysia, MamaCare turut memberikan servis kepada wanita berpantang di luar negara! Tak percaya? Tengok je video ni.

Ada yang menganggap proses berpantang secara tradisional ini tidak penting, tetapi tahukah anda dengan amalan berpantang yang betul dapat mengurangkan risiko para ibu ini mengalami tekanan. Buktinya peratusan wanita selepas bersalin di Malaysia yang mengalami tekanan hanyalah 3.9%.

Atas sebab itulah, program MamaCare diwujudkan. Selain untuk memberi perkhidmatan kepada ibu yang sedang berpantang, program ini memberi latihan kepada ibu tunggal berpendapatan rendah untuk memberikan perkhidmatan menjaga ibu berpantang. Peserta yang berjaya menghabiskan latihan MamaCare akan menerima Sijil Tukang Urut Profesional yang diperakui oleh Persatuan Pengamal Perubatan Tradisional Melayu

Program ini memberi kebaikan kepada kedua-dua, ibu post natal mendapat penjagaan terbaik dan wanita berpendapatan rendah dapat memperbaiki situasi kewangan. Sehingga tahun 2017, seramai 591 pengamal di bawah MamaCare yang setiap seorangnya mampu meraih pendapatan antara RM3,000 hingga RM20,000 sebulan.

MamaCare turut memberi perkhidmatan ke luar negara, memberi manfaat kepada 51 wanita seluruh dunia dan telah mendapat perhatian serta pujian di Konferen Challenges Of Government yang berlangsung di Oxford University

Jika anda sedang memikirkan tentang proses berpantang dan siapa yang akan menjaga anda, MamaCare adalah jawapannya.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.