Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Mulai 15 April Siapa Yang Ditahan Mengingkari Arahan PKP Akan Terus Ke Mahkamah

Mereka yang mengikari arahan PKP akan ditahan, direman dan seterusnya dihadapkan ke mahkamah.
Editor
14 Apr 2020, 07:16 PM

Pihak polis tidak akan lagi mengenakan denda kompaun RM1,000 sebagai pilihan utama bagi individu yang mengingkari arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dengan sengaja kata Menteri Kanan (Kluster Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

mulai 15 april siapa yang ditahan mengingkari arahan pkp akan terus ke mahkamah

Menurut beliau, mulai hari pertama PKP fasa ketiga iaitu esok, 15 April 2020, mereka yang mengikari arahan PKP akan ditahan, direman dan seterusnya dihadapkan ke mahkamah.

Beliau berkata, keputusan lebih tegas itu diambil ekoran sikap sambil lewa rakyat yang semakin meningkat berdasarkan jumlah kenderaan di atas jalan, serta peningkatan jumlah mereka yang ingkar terhadap arahan PKP.

“Kita lihat seolah olah rakyat tidak peduli atau tidak takut kepada undang undang yang kita ada hari ini.  Mungkin RM1,000 tidak dianggap begitu tinggi untuk menakutkan mereka yang terus ingkar kepada PKP.

“Oleh itu, kita telah bersetuju bahawa polis mulai esok tidak lagi beri tumpuan kepada kompaun, sebaliknya, sesiapa yang ditahan akan direman atau dihadapkan ke mahkamah, dan biarlah mahkamah putuskan hukuman lebih berat,” katanya.

                                        

Sebelum ini, 1,374 individu telah ditahan semalam kerana mengingkari arahan PKP, 931 individu dikenakan kompaun RM1,000; 418 individu direman dan 25 individu telah dijamin polis.

Selain itu, beliau berkata, sebanyak 427 individu telah dituduh di mahkamah atas kesalahan mengingkari PKP.

Untuk perkembangan terkini tentang COVID-19, anda boleh klik di sini.

Sumber: Awani

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.