Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Panggil Rakan Sekerja ‘Sayang’ Atau ‘Dear’, Boleh Dikenakan Tindakan

Siapa pernah dipanggil sayang atau dear di tempat kerja?
Editor
29 Nov 2020, 02:00 PM

Masalah gangguan seksual di pejabat bukanlah suatu perkara yang baru, malah ia kerap dibincangkan dan ramai juga yang sudah dikenakan tindakan undang-undang atas kesalahan berkenaan.

panggil rakan sekerja ‘sayang’ atau ‘dear’, boleh dikenakan tindakan

Namun, tahukah anda tindakan memanggil rakan sekerja dengan panggilan manja seperti ‘sayang’ atau ‘dear’, juga merupakan satu kesalahan dan boleh dikenakan tindakan?

Memetik laporan dari Buzz Kini hantaran dari seorang peguam Liyana di laman Facebooknya, perkara ini baru sahaja berlaku di Sarawak, dimana pelakunya merupakan majikan dan mangsa adalah setiausahanya sendiri.

“Kepada para pekerja wanita di luar sana, pernahkah anda mendapat boss yang memanggil anda ‘Sayang’ berkali-kali bukan sahaja melalui percakapan, malah melalui WhatsApp dan memberikan perhatian yang melebih-lebih seperti meminta anda mengambil beliau secara personally di airport, memberikan hadiah seperti minyak wangi dan bunga pada hari Valentines, dan juga memegang anda ketika ingin bergambar beramai-ramai dengan rakan sekerja anda yang lain?.

Jika jawapannya adalah YA dan anda sedang mengalami situasi di atas, maka jangan takut dan gentar kerana undang-undang ada di sini untuk menyelamatkan anda!

Dalam kes terbaru, seorang boss telah dipecat oleh majikannya kerana didapati bersalah diatas tuduhan melakukan sexual harassment atau gangguan seksual ke atas setiausaha beliau.

Boss tersebut telah didapati bersalah di atas tuduhan memanggil Setiausahanya dengan panggilan “Sayang” secara berkali-kali bukan sahaja dalam komunikasi WhatsApp, malah apabila berada dalam mesyuarat rasmi bersama staf lain.”, terang Liyana menerusi hantaran di Facebook.

Tindakan majikan itu juga memalukan mangsa, namun si pelaku cuba berdalih dengan memberikan alasan panggilan ‘sayang’ itu adalah kerana dia menganggap setiausahanya itu seperti anaknya sendiri.

panggil rakan sekerja ‘sayang’ atau ‘dear’, boleh dikenakan tindakan

Setiausaha yang tidak tahan diperlakukan sedemikian kemudian bertindak meletakkan jawatan dan melaporkan ia kepada pihak berkenaan untuk tindakan lanjut.

Majikannya itu akhirnya diberhentikan kerja atas kesalahan gangguan seksual.

Baca kisah selanjutnya disini:

Sumber: Liyana The Lawyer / Buzz Kini

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.