Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Nia Ramadhani Menangis Dijatuhi Hukum Penjara

Disebabkan kes salah laku dadah.
Aimi Amira Nordin
12 Jan 2022, 12:06 PM

nia ramadhani menangis dijatuhi hukum penjara

KOMPAS.com/VINCENTIUS MARIO

Pelakon Indonesia, Nia Ramadhani bersama suaminya Ardi Bakrie serta pemandu peribadi mereka dijatuhi hukuman penjara selama setahun atas kesalahan salah laku dadah sebelum ini. 

Hukuman tersebut diputuskan oleh barisan hakim yang diketuai Hakim Ketua Muhammad Damis di Pengadilan Negeri (PN) Jakarta Pusat, semalam. 

“Hukuman yang patut dijatuhkan kepada para terdakwa adalah hukuman penjara kerana terdakwa Zen Vivanto, Nia Ramadhani dan Ardi Bakrie telah terbukti secara sah dan meyakinkan melakukan kesalahan," kata Muhammad Damis seperti dilaporkan Kompas.

Nia Ramadhani kelihatan tunduk dan mengalirkan air mata usai keputusan hukuman dijatuhkan kepadanya. 

Selain Nia, ada ahli keluarga dan sahabat termasuk pengurus pelakon berkenaan turut kelihatan berlinangan air mata.

Sebelum ini, Nia, Ardi dan pemandu mereka telah diarahkan menjalani proses pemulihan di sebuah pusat RSKO Cibubur selama 12 bulan. Namun, mereka hanya sempat menjalani pemulihan selama lima bulan di pusat pemulihan, Fan Campus, Cisarua, Jawa Barat.

Kes ini bermula dengan penangkapan pemandu peribadi pelakon tersebut yang didapati memiliki dadah jenis syabu seberat 0.78 gram pada pertengahan tahun 2021.

Penangkapannya membawa kepada penahanan Nia, yang ketika itu dipercayai sedang melakukan aktiviti melibatkan penggunaan syabu. Ardi, kemudiannya datang menyerah diri di balai polis pada hari yang sama.

Sumber : ASTRO GEMPAK 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.