Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Musim Durian Ni Jom Buat Serawa Durian! Resepi Paling Ringkas dan Sedap!

Makan bersama pulut kukus, memang mengancam!
Editor
15 Jul 2020, 06:40 PM

Musim durian masih lagi hot sekarang ni, mana-mana kita pergi mesti akan nampak lori durian. Ada yang akan beli durian beberapa kg, nak buat apa dengan lebihan tu?

musim durian ni jom buat serawa durian! resepi paling ringkas dan sedap!

Apa kata serawa durian? Makan bersama pulut kukus, memang mengancam! Senang je nak buat serawa durian ni.

Bahan-bahan untuk serawa durian

musim durian ni jom buat serawa durian! resepi paling ringkas dan sedap!

  1. 10-15 ulas isi durian bersama biji
  2. 2 helai daun pandan, dicarik dan disimpulkan
  3. 1/2 cawan gula pasir
  4. Seketul kecil gula melaka
  5. 1 mangkuk santan pekat
  6. 1 mangkuk santan cair
  7. Garam secukup rasa
  8. Sedikit air (jika perlu)

Cara penyediaan serawa durian

  1. Masukkan ulas durian bersama biji, santan cair dan daun pandan ke dalam periuk. Masak sehingga isi durian menjadi hancur dan kuah menjadi pekat sebati.
  2. Kemudian masukkan gula pasir, gula melaka dan garam ke dalam periuk, gaul rata hingga bahan-bahan sebati.
  3. Masak serawa menggunakan api perlahan.
  4. Kemudian masukkan santan pekat ke dalam periuk, kacau perlahan-lahan sehingga kuah sebati.
  5. Tambah sedikit air jika kuah terlalu pekat.
  6. Tutup api, angkat Serawa durian dan hidangkan bersama pulut kukus!

musim durian ni jom buat serawa durian! resepi paling ringkas dan sedap!

Bahan-bahan untuk pulut kukus

  1. 500 gram beras pulut
  2. 1 cawan santan cair
  3. 1/2 sudu kecil garam

Cara penyediaan pulut kukus

  1. Basuh beras pulut bersih-bersih.
  2. Kemudian rendam beras pulut selama beberapa jam, lebih kurang dalam dua hingga tiga jam.
  3. Selepas itu, panaskan periuk kukus dan kukus beras pulut selama 15-29 minit.
  4. Pulut dah masak, angkat pulut dari periuk kukus dan masukkan pulut dalam mangkuk.
  5. Bancuh santan cair bersama garam, kemudian tuang santan ke dalam pulut yang panas tadi.
  6. Tutup pulut dengan kain, rehatkan seketika agar pulut dapat menyerap kuah santan.
  7. Kuah habis diserap dalam pulut, pulut sedia untuk dihidang bersama serawa durian.
  8. Psst, jika kamu dapati pulut masih keras selepas digaul bersama santan cair, masukkan semula pulut dalam periuk kukus dan kukus selama lima minit.
  9. Pulut dah masak, boleh diangkat, sejukkan dan hidang bersama serawa durian tadi.

Dengar pun dah sedap kan. Apa lagi, cubalah resepi ini. Confirm ramai akan suka!

Sumber: WANISTA

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.