Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Majlis Akad Nikah Atas Talian Ketika PKP Yang Pertama Di Malaysia

Majlis akad nikah secara atas talian yang pertama kali seumpamanya di Malaysia.
Editor
18 Apr 2020, 08:05 PM

Setakat ini segala perancangan perkahwinan harus ditangguhkan oleh kerana penularan wabaik COVID-19 dan juga perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakkan (PKP).

Namun, alternatif lain yang mengikut garis panduan mampu menyatukan pasangan Muhammad Don Haadi Don Putra dan Nahdatul Aishah Mohd Sharif telah disahkan sebagai suami isteri dengan mengadakan majlis akad nikah secara atas talian (online).

Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) telah melaksanakan majlis akad nikah secara atas talian yang pertama kali seumpamanya di Malaysia.

Video akad nikah yang melibatkan pasangan Muhammad Don Haadi Don Putra, 29 bersama Nahdatul Aishah Mohd Sharif, 29, telah dikongsikan oleh Menteri Di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri, di laman Facebooknya.

majlis akad nikah atas talian ketika pkp yang pertama di malaysia

“Alhamdulillah, dengan garis panduan yang disediakan oleh Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan yang berpandukan prosedur operasi standard (SOP) Majlis Keselamatan Negara.

Majlis Pernikahan Muhammad Don Haadi bin Don Putra dan Nahdatul Aishah binti Mohd. Shariff selamat dilangsungkan secara dalam talian (online)."

majlis akad nikah atas talian ketika pkp yang pertama di malaysia

Majlis tersebut yang dijalankan kurang dari 15 minit, berwalikan bapa pengantin perempuan, En Mohd Sharif, bersaksikan Pengarah JAWI, Mohd Ajib Ismail.

Datuk Dr Zulkifli turut mengucapkan ucapan tahniah kepada kedua pasangan ini selain berterima kasih atas inisiatif JAWI dan semua pihak yang terlibat dalam menjayakan majlis bersejarah ini.

Sumber: Facebook Datuk Dr. Zulkifli Mohamad Al-Bakri

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.