Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Ini Sebab Kenapa Anak Anda Tidak Boleh Tinggalkan Sarapan Terutama Sewaktu Musim Peperiksaan

Tahukah anda sarapan pagi itu penting dan boleh beri kesan pada tubuh sekiranya tidak bersarapan?
Editor
02 Oct 2018, 10:21 AM

Musim peperiksaan telah kembali, bermula dengan calon UPSR, PT3, SPM, STPM dan juga pelajar di Universiti.

 

Bila sebut sahaja tentang peperiksaan, yang terlintas di fikiran adalah mengulangkaji pelajaran sama ada bersendirian atau berkumpulan.

Bukan senang nak kekal bertenaga ketika musim peperiksaan ini, dan disebabkan itu pentingnya waktu sarapan kerana daripada sarapanlah tenaga kita dibekalkan sepenuhnya sepanjang hari.

 

Ini sebab-sebab kenapa kita jangan skip sarapan:

 

1. Sakit Kepala Dan Susah Beri Tumpuan.

ini sebab kenapa anak anda tidak boleh tinggalkan sarapan terutama sewaktu musim peperiksaan

Musim exam ini, fokus amat penting bagi memastikan kita bersedia untuk menjawab sebarang soalan. Tetapi jika kita tidak bersarapan, paras glukosa dalam badan akan menjadi rendah, menyebabkan kita sakit kepala, pening, berpeluh, kulit menjadi pucat dan degupan jantung menjadi laju.

 

2. Hilang Tenaga Untuk Ulangkaji Pelajaran Dan Hingga Ke Hari Akhir Peperiksaan

ini sebab kenapa anak anda tidak boleh tinggalkan sarapan terutama sewaktu musim peperiksaan

Tahukah anda, tubuh kita kehilangan 80% tenaga simpanan sewaktu tidur? Ini bermakna tubuh kita cuma tinggal 20% tenaga apabila bangun tidur. Keadaan ini sama seperti bateri telefon bimbit yang tinggal 20% sahaja – anda perlu mengecasnya semula untuk digunakan sepanjang hari.

Apatah lagi ketika musim peperiksaan – ulangkaji pelajaran untuk peperiksaan memerlukan tenaga yang mencukupi. Bila badan kita lemah dan tidak bertenaga, apa yang dibaca pun tak masuk ke dalam kepala. Susah kan? Jadi musim-musim peperiksaan ini, sarapan adalah satu perkara yang wajib buat semua. Lebih tenaga, lebih senang nak fokus kepada peperiksaan kan?

 

3. Susah Menghafal dan Memori Jadi Lemah Jika Tidak Sarapan

ini sebab kenapa anak anda tidak boleh tinggalkan sarapan terutama sewaktu musim peperiksaan

Apabila badan sudah tidak bertenaga, otak memerlukan lebih masa untuk menghafal dan mengingat apa yang dibaca. Sarapan yang berkhasiat boleh bantu anda mengingat dengan lebih baik, lagi-lagi dimusim peperiksaan ini.

 

4. Tak Sarapan Lebih Cenderung Untuk Gastrik

ini sebab kenapa anak anda tidak boleh tinggalkan sarapan terutama sewaktu musim peperiksaan

Perut kosong menyebabkan asid perut naik dan menggangu tumpuan kita untuk mengulangkaji pelajaran di musim peperiksaan ni. Lebih teruk, penyakit seperti gastrik mudah menyerang kita. Tak seronok rasanya bila nak jawab exam tetapi perut tak selesa kan? Disebabkan itu sarapan adalah sangat penting!

 

5. Hilang Fokus Pada Pelajaran Dan Peperiksaan

ini sebab kenapa anak anda tidak boleh tinggalkan sarapan terutama sewaktu musim peperiksaan

Untuk kekal bertenaga sepanjang hari dan boleh fokus kepada ulangkaji pelajaran di musim peperiksaan ini, sarapan pagi adalah sangat penting kerana dengan sarapan, kita boleh membakar lebih kalori dalam badan dan meningkatkan kadar metabolisma. 


Disebabkan itulah, sarapan anda setiap hari harus mengandungi nutrien penting yang kita perlukan untuk menyelesaikan aktiviti harian kita. Jangan risau kerana sarapan yang seimbang bersama MILO® boleh membekalkan kesemua nutrien penting yang kita perlukan sepanjang hari!

 

Secawan MILO® mengandungi ACTIV-GO®, gabungan unik PROTOMALT®, vitamin dan mineral yang bertindak membebaskan tenaga daripada makanan dengan cekap dan mengurangkan keletihan untuk tenaga sepajang hari. Nutrisi ini penting untuk proses metabolisme tenaga, fungsi otot dan kesihatan tulang.


Layari www.milo.com.my untuk maklumat lanjut!

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.