Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Eh! Biar Betul Lelaki ‘Lebih Beremosi’ Di Tempat Kerja Berbanding Wanita

Ramai yang mempunyai persepsi wanita lebih beremosi di tempat kerja tetapi ada kajian yang menyatakan sebaliknya.
Editor
17 Jun 2020, 07:00 AM

Tidak kira lelaki ataupun wanita, kita semua pasti ada waktu-waktu yang mana kita akan lebih beremosi.

Ada yang mempunyai pandangan bahawa wanita lebih beremosi berbanding lelaki, dan semestinya kebarangkalian kita tidak tahu punca sebenar wanita tiba-tiba marah atau beremosi.

eh! biar betul lelaki ‘lebih beremosi’ di tempat kerja berbanding wanita

Baru-baru ada kajian yang membuktikan bahawa kaum lelaki lebih sensitif berbanding dengan wanita dalam persekitaran kerja.

Hasil kajian tersebut menyatakan bahawa lelaki dua kali lebih berkemungkinan untuk beremosi atau marah tanpa sebab apabila sesuatu yang tidak kena berlaku kepada mereka di tempat kerja.

Selepas mengkaji selidik seramai 2,250 pekerja dan majikan bagi bertanyakan soal emosi mereka sewaktu di tempat kerja, Totaljobs dari United Kingdom menunjukkan data tersebut.

Dalam kajian yang dibuat oleh Totaljobs itu juga, kebanyakan responden mereka tidak dapat meluahkan emosi atau menunjukkan perasaan secara bebas apabila berada di pejabat.

Kira-kira 60 peratus daripadanya memberitahu, tempat kerja bukanlah tempat yang sesuai untuk meluahkan emosi atau perasaan, sementara yang selebihnya menyatakan bahawa mereka lebih suka berlapik, iaitu hanya memaparkan emosi yang positif sahaja kepada orang di sekeliling tempat kerja.

Totaljobs juga menyatakan bahawa hal ini tidak mempunyai penyelesaian yang mudah iaitu bagi mewujudkan suasana tempat kerja yang optimum.

via GIPHY

Dalam pada itu, syarikat dari United Kingdom itu hanya mencadangkan tentang cara-cara golongan lelaki dan wanita ini boleh mengawal emosi mereka dengan lebih baik.

Ia termasuklah dengan mencadangkan bahawa kesemua pihak di tempat kerja boleh membentuk emosi yang baik dengan cara bersenam dan berkongsi hal atau masalah dengan rakan sekerja yang boleh dipercayai.

Sumber: Astro AWANI

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.