Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Harimau Malaya Di Zoo Bronx, New York Positif COVID-19

Harimau Malaya yang bernama Nadia itu berkemungkinan menjadi haiwan pertama yang jatuh sakit susulan jangkitan koronavirus daripada manusia.
Editor
06 Apr 2020, 06:09 PM

Selepas mengalami batuk dan kurang selera makan, seekor harimau Malaya di Zoo Bronx, New York telah disahkan positif COVID-19 menurut laporan ketua veterinari zoo tersebut.

Harimau Malaya yang bernama Nadia itu berusia 4 tahun dan berkemungkinan menjadi haiwan pertama yang jatuh sakit susulan jangkitan koronavirus daripada manusia.

harimau malaya di zoo bronx, new york positif covid-19

Sebelum ini, seekor kucing di Belgium dan beberapa anjing peliharaan di Hong Kong telah dilaporkan dijangkiti COVID-19 daripada pemilik mereka namun kes-kes tersebut tidak mengalami simptom yang signifikan.

Menurut kata ketua veterinari Zoo Bronx, Pau Calle kepada Reuters, kes Nadia ini merupakan kes yang unik kerana ia jatuh sakit selepas terdedah kepada seorang kakitangan yang positif namun tidak menunjukkan simptom.

Paul juga berkat ini merupakan kes pertama mengenai kes jangkitan manusia ke haiwan yang menjadikan haiwan itu jatuh sakit.

Walaupun tiga harimau lain dan tiga singa turut mengalami batuk kering, namun hanya Nadia yang menjalani ujian COVID-19 kerana ia mengalami simptom paling teruk dan sudah mula hilang selera makan.

harimau malaya di zoo bronx, new york positif covid-19

Tambah Paul, mereka mengelak daripada menguji harimau dan singa lain kerana tidak mahu meletakkan mereka bawah anestesia.

Nadia menjalani ujian X-ray, ultrabunyi dan ujian darah untuk memahami penyakitnya sebelum menjalani ujian COVID-19 apabila melihat kepada situasi parah di bandar New York yang menjadi pusat penularan koronavirus di Amerika Syarikat.

Harimau tersebut mula menunjukkan simptom pada 27 Mac. Sehingga kini, Zoo Bronx masih ditutup sejak pertengahan Mac.

Kajian setakat ini bagaimanapun masih tiada bukti menunjukkan COVID-19 boleh berjangkit dari haiwan ke manusia.

Untuk perkembangan terkini tentang COVID-19, anda boleh klik di sini.

Sumber: Awani

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.