Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Hampir Sebulan Enam Pelancong Asing Bersembunyi Dalam Sebuah Gua Di India

Oleh kerana kehabisan wang, mereka terpaksa berlindung dalam sebuah gua di India.
Editor
22 Apr 2020, 04:29 PM

Susulan penularan wabak COVID-19, ramai individu menjalani kuarantin di lokasi terkawal termasuklah pusat kuarantin yang disediakan kerajaan. Namun, enam pelancong asing ini ditemui bersembunyi di sebuah gua di daerah Rishikes, ke utara India.

hampir sebulan sebuah gua di india menjadi tempat kuarantin bagi enam pelancong asing

Menurut jurucakap polis negeri Uttarakhand, Mukesh Chand kesemua pelancong tersebut dipercayai sudah hampir sebulan menjadikan lokasi tersebut sebagai 'pusat kuarantin' mereka.

Sebelum ini, pelacong yang terdiri daripada empat lelaki dan dua wanita dari Perancis, Turki, Ukraine, Amerika Syarikat dan Nepal menginap di sebuah hotel, oleh kerana kehabisan wang, mereka terpaksa berlindung di gua tersebut.

“Mereka tinggal di gua tersebut sejak 24 Mac lalu dan polis menemui mereka pada Ahad. Mereka kemudian dipindahkan ke Swarg Ashram dekat Rishikesh.

“Kami telah mengarahkan mereka menjalani kuarantin selama dua minggu sebagai langkah berjaga-jaga. Namun, kumpulan tersebut kelihatan sihat,” katanya seperti dilaporkan CNN.

Jelas Mukesh, kumpulan pelancong tersebut hanya menggunakan baki wang yang ada untuk membeli makanan dan barangan keperluan.

Terdahulu, kerajaan India melanjutkan perintah berkurung dari 14 April kepada 3 Mei.

Pihak berkuasa India turut melancarkan laman web “Terkandas di India”bagi menghulurkan bantuan kepada warga asing yang terkandas di negara itu sepanjang tempoh perintah berkurung.

Sumber: Awani

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.