Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Dua Kawasan Lagi Disenaraikan Zon Merah COVID-19

Sepang dan Kota Samarahan telah disenaraikan sebagai kawasan zon merah COVID-19
Editor
08 Apr 2020, 01:16 PM

Sepang di Selangor dan Kota Samarahan telah disenaraikan sebagai zon merah COVID-19 pada Rabu, menurut laporan Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC) Kementerian Kesihatan (KKM).

Selepas lebih 40 kes positif direkodkan di Sepang dan Kota Samarahan yang sebelum ini zon jingga kini telah dikategorikan sebagai zon merah.

Menurut statistik yang dimuat naik oleh pihak KKm di Twitter, lokasi terbaru membabitkan Sepang, Selangor dengan 46 kes serta Kota Samarahan, Sarawak dengan 42 kes setakat 12 tengah hari semalam, 7 April.

Daerah lain yang turut dikategorikan sebagai zon merah adalah Cheras, Kepong, Lembah Pantai dan Titiwangsa (Kuala Lumpur); Petaling, Hulu Langat, Gombak dan Klang (Selangor); Batu Pahat, Johor Bahru dan Kluang (Johor) serta Seremban dan Rembau (Negeri Sembilan).

Wilayah Persekutuan Putrajaya; Hilir Perak dan Kinta (Perak); Jasin (Melaka), Kota Bharu (Kelantan); Jerantut (Pahang); Tawau (Sabah); dan Kuching (Sarawak).

Manakala, Lembah Pantai mencatatkan kawasan tertinggi positif COVID-19 dengan 412 kes, disusuli Hulu Langat dan Petaling masing-masing mencatat 345 dan 306 kes positif COVID-19.

Zon merah dikategorikan bagi jumlah melebihi 41 kes, zon jingga (20-40 kes), zon kuning (1-19 kes) dan zon hijau tiada kes.

Setakat ini, Selangor masih mencatat bilangan kes paling tinggi positif COVID-19 iaitu sebanyak 1,020 kes, manakala Perlis kekal merekodkan kes terendah (17).

Dalam pada itu, Malaysia mencatatkan penurunan kedudukan dalam senarai negara dijangkiti pandemik COVID-19 di dunia, apabila negara menghuni tangga ke-30 semalam dengan 3,963 kes positif dan 63 kematian.

Sementara itu, Amerika Syarikat dengan 368,449 kes dan Sepanyol (136,675 kes) masing-masing berada di kedudukan teratas dengan jumlah paling ramai dan kedua dunia, diikuti Itali di kedudukan ketiga dengan 132,547 kes.

Jumlah keseluruhan kes COVID-19 seluruh dunia dilaporkan sebanyak 1,351,011 kes, yang melibatkan 285,517 kes sembuh manakala 74,871 kematian.

Untuk perkembangan terkini tentang COVID-19, anda boleh klik di sini.

Sumber: Awani

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.