Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Buat Pes Tom Yam Goong Homemade Sendiri! Memang Padu Dan Lagi Memuaskan!

Untuk sesiapa yang peminat Tom Yam yang tegar boleh cuba buat pes sendiri.
Editor
28 Aug 2020, 11:28 AM

Apa beza Tom Yam biasa dengan Tom Yam Goong, ia sebenarnya adalah Tom Yam Udang. Selain beli pes Tom Yam yang dah ready made, apa kata buat pes Tom Yam sendiri. Sekali buat korang akan dapat kuantiti yang banyak dan boleh simpan kemudian.

buat pes tom yam goong homemade sendiri! memang padu dan lagi memuaskan!

Untuk sesiapa yang peminat Tom Yam yang tegar boleh cuba buat pes sendiri.

Bahan-Bahan:

buat pes tom yam goong homemade sendiri! memang padu dan lagi memuaskan!

Bahan-bahan untuk pes tomyam:

4 biji bawang merah

5 ulas bawang putih

3 batang serai

3 inci lengkuas

2 inci halia

2-3 biji cili merah besar

5-6 helai daun limau purut

15-20 tangkai cili kering

1 sudu besar udang kering

1 cawan pati asam jawa

sedikit air jika perlu

1/2 cawan minyak masak

1 1/2 sudu besar serbuk ketumbar

3 sudu besar sos ikan Thai

1-2 sudu besar gula nisan atau gula melaka

Bahan-bahan untuk Tom Yam goong:

air anggaran 1 liter

2 hirisan akar ketumbar

1 inci lengkuas

2 batang serai

2-3 helai daun limau purut

anggran 3-4 sudu besar pes tomyam

10 tangkai cili padi

cendawan tiram

hirisan batang ketumbar

1/4 biji bawang holland

5-10 ekor udang segar

1 sudu besar sos ikan Thai

sedikit garam

2 biji tomato

1/4 cawan susu cair

1/2 ketul kiub pati ayam

3-5 biji limau nipis (ikut saiz), ambil jus

hirisan daun ketumbar

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk pes Tom Yam:

buat pes tom yam goong homemade sendiri! memang padu dan lagi memuaskan!

  1. Cincang kasar bawang merah kecil dan bawang putih.
  2. Serai, buang bahagian keras dan ambil bahagian yang lembut kemudian hiris nipis.
  3. Lengkuas dan halia, buang kulit dan cincang kasar.
  4. Cili merah (optional) cincang kasar.
  5. Daun limau purut, koyang dan buang tulang tengah
  6. Cili kering, gunting, rebus dan buang biji.
  7. Udang kering, rendam dan toskan.
  8. Masukkan dalam blender cili kering, udang kering, bahan-bahan cincang kasar (halia, lengkuas, daun limau purut, serai, bawang dan cili merah), air pati asam jawa dan sedikit air.
  9. Kisar bahan-bahan tadi sehingga betul-betul halus.
  10. Panaskan minyak dan tumiskan kesemua bahan kisar halus tadi kemudian masak sehingga pecah minyak dan warna bertukar menjadi gelap sikit.
  11. Bila dah pecah minyak, masukkan serbuk ketumbar, sos ikan Thai dan gula melaka/nisan.
  12. Bila bahan-bahan dah sebati, tutup api. Tunggu sejuk dan boleh masukkan dalam balang.

Cara-cara untuk Tom Yam Goong:

buat pes tom yam goong homemade sendiri! memang padu dan lagi memuaskan!

  1. Serai, ketuk atau hiris menyerong.
  2. Lengkuas, hiris nipis.
  3. Cili padi, buang tangkai dan belah tengah (hujung sahaja).
  4. Tomato belah 4.
  5. Bawang holland, hiris nipis.
  6. Ketumbar, potong akar dan simpan (rebusan), hiris nipis daun dan batang ketumbar (hiasan).
  7. Perah dan ambil jus limau nipis.
  8. Udang, trim kepala udang, buang kulit tengah (bahagian ekor biarkan), belah bahagian belakang dan buang tali hitam.
  9. Tuang air dalam periuk.
  10. Masukkan akar ketumbar, lengkuas, serai dan daun limau purut.
  11. Masak sampai mendidih.
  12. Kemudian masukkan paste tomyum.
  13. Masukkan cili padi dan cendawan tiram.
  14. Masukkan batang ketumbar, bawang holland dan sos ikan.
  15. Masukkan udang.
  16. Tambah garam dan masukkan tomato.
  17. Tambah susu cair dan kiub pati ayam.
  18. Last sekali, tutup api dan masukkan jus limau nipis. Taburkan hirisan daun ketumbar.

Tips:

  1. Pastikan tutup api baru masukkan jus perahan limau nipis.
  2. Jangan buang kepala udang , bahagian kepala yang beri tomyum goong rasa lebih sedap bila dimasak.
  3. Boleh ganti susu cair dengan susu full cream ataupun santan.

Sumber: Resepi Che Nom

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.