Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Boleh Anda Bayangkan Keadaan Kediaman Kalau Tiada IWK?

Nampak remeh tetapi sumbangannya besar!
Editor
29 Jun 2018, 05:34 PM

Kredit gambar utama: Pexels  

Sisa kumbahan bukan sekadar bahan kumuh yang diflush keluar dari toilet tetapi segala sisa yang dibuang di singki termasuk minyak, sos dan sisa makanan. Sisa buangan ini akan terus masuk ke tangki pembentungan. Panjang rangkaian paip pembetungan bawah tanah yang diselenggarakan Indah Water Konsortium (IWK) ialah 19,000km; bersamaan dengan jarak perjalanan dari Kuala Lumpur ke Lima di Peru!

IWK bukan sahaja akan melihat sisa yang anda lepaskan tetapi pada waktu-waktu tertentu perlu bersentuh dengan air sisa kumbahan sebagai sebahagian daripada tugas mereka. Tak ramai yang sanggup membersihkan sisa kumbahan mereka sendiri, inikan pula hendak membersihkan sisa kumbahan yang dilepaskan oleh orang lain, yang dianggap kotor dan menjijikkan.

Adakah IWK hanya merawat kumbahan? Apa pentingnya penyelenggaraan dan rawatan kumbahan ni pada kita?

#1 Rumah dan kawasan persekitaran bebas bau yang kurang menyenangkan.

#2 Minyak masak yang telah digunakan sepatutnya dikitar semula bukannya dibuang ke dalam sinki sehingga menyebabkan paip tersumbat. Paip tersumbat ini jika tidak ditangani akan mengalir balik ke taman berhampiran, memenuhi jalan raya dan kediaman kita.

#3 Kita bukan sahaja tinggal di persekitaran kotor tetapi turut menggunakan air kotor yang tidak dirawat untuk kegunaan harian.

#4 Air kumbahan yang telah dirawat boleh melindungi kesihatan awam dengan menyingkirkan bakteria serta virus merbahaya dan mengurangkan risiko penyakit bawaan air dan penyakit berjangkit seperti kepialu, taun dan hepatitis.

#5 IWK sanggup berkorban membersihkan paip tersumbat di dalam sistem perpaipan yang mengandungi gas berbahaya seperti methana. Gas ini boleh membunuh dalam beberapa saat. Dalam 1 mililiter kumbahan mengandungi antara 100,000 sehingga 1 juta mikroorganisma yang sesetengahnya berbahaya kepada kesihatan umum!

boleh anda bayangkan keadaan kediaman kalau tiada iwk?

#6 Rakyat Malaysia melepaskan sebanyak 5 billion liter air sisa kumbahan setiap hari. Sistem rawatan air sisa kumbahan yang efektif akan melindungi alam sekitar dengan menghapuskan bakteria jahat sebelum dikembalikan ke sungai.

#7 IWK juga membantu perkembangan ekonomi negara kerana para pelabur akan mengambil kira kemudahan sistem pembentungan yang moden dan efisien sebelum mengambil keputusan untuk melabur di Malaysia.

boleh anda bayangkan keadaan kediaman kalau tiada iwk?

Memang salute la dengan IWK ni, dahlah tarif yang dikenakan hanya RM2 ke RM8 sebulan, antara yang terendah di dunia dan kadar pembayaran ini tidak berubah sejak perkhidmatan IWK diperkenalkan pada tahun 1994 lagi. Memang tak patut kalau tak bayar!

Dahlah sekarang urusan bil dengan pembayaran boleh dilakukan di hujung jari. Anda boleh mendapatkan bil IWK secara online lagi. Hanya perlu daftar untuk e-billing di sini. Bukan sahaja memudahkan dan melindungi alam sekitar tetapi pelanggan yang berdaftar dengan e-billing ni berpeluang menyertai cabutan bertuah yang menjanjikan trip ke Osaka dan membawa pulang kereta Perodua Myvi!

Layari website IWK untuk info lanjut. Indah Water Konsortium Sdn Bhd, Era Baharu Air.

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.