Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Bekalan Darah Di Hospital Semakin Berkurangan, Orang Ramai Diseru Untuk Tampil Menderma Darah

Orang ramai masih boleh menderma darah di klinik, hospital dan Pusat Darah Negara (PDN).
Editor
15 Apr 2020, 12:06 PM

Bank Darah Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) menyeru kepada orang ramai untuk tampil menderma darah bagi memastikan bekalan darah mencukupi kepada pesakit yang memerlukan setiap hari.

bekalan darah di hospital semakin berkurangan, orang ramai diseru untuk tampil menderma darah

Menurut seorang doktor menerusi satu hantaran di laman sosial Twitter, Aqwa Azman meminta kerjasama orang ramai agar dapat membantu mereka dalam usaha menyelamatkan nyawa pesakit-pesakit di hospital.

Bekalan darah di hospital itu semakin berkurangan susulan peningkatan kes virus COVID-19, selain kes ibu mengandung, bayi dan pesakit kritikal.

Mereka yang mahu menderma darah bolehlah hadir ke Jabatan Perubatan Transfusi, Menara Utama PPUM, dari Isnin hingga Jumaat, bermula jam 8 pagi hingga 4.30 petang.

Susulan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang dilaksanakan kerajaan ketika ini, pada Isnin lepas Kementerian Kesihatan mengakui berdepan kekangan untuk menambah simpanan bekalan darah.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dilaporkan berkata, orang ramai masih boleh menderma darah di klinik, hospital dan Pusat Darah Negara (PDN) bagi menangani kekurangan bekalan terutama menjelang Ramadan.

Beliau turut menyatakan, sebanyak 12 pesakit yang kini pulih jangkitan COVID-19 telah tampil menderma plasma darah masing-masing bagi digunakan dalam kajian rawatan pesakit COVID-19.

Untuk perkembangan terkini tentang COVID-19, anda boleh klik di sini.

Sumber: Awani

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.