Ke Udara

{{nowplay.song.artist}}

{{nowplay.song.track}}

Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{nowplay.song.artist}} Album Art Ke Udara

{{nowplay.song.track}}

{{nowplay.song.artist}}

Album Art Ke Udara

SINAR

Menyinari Hidupmu

{{currentshow.name}} {{currentshow.name}} Segmen Terkini

{{currentshow.name}}

{{currentshow.description}}

HITZ Segmen Terkini

SINAR

Menyinari Hidupmu

trending

Siklamat, Pemanis Tanpa Zat Dikesan Pada 11 Sampel Baby Nanas

Sanggup letak pemanis tanpa zat di baby nanas?
Izwan
03 Nov 2022, 03:06 PM

Buah nanas kulit berkupas atau dikenali sebagai baby nanas pasti menjadi kegemaran pelbagai lapisan masyarakat tetapi ia mengundang kesihatan tak baik apabila mempunyai siklamat.

Siklamat merupakan sejenis pemanis tanpa zat yang memberikan rasa manis 30 hingga 50 kali lebih daripada gula sukrosa.

siklamat, pemanis tanpa zat dikesan pada 11 sampel baby nanas

Malah, ia juga luas digunakan dalam makanan tertentu seperti jem, jeli dan marmalad, produk koko, sapuan koko dan coklat serta minuman berperisa.

Setakat ini, sebanyak 11 daripada 115 sampel baby nanas yang diimport telah dikenalpasti mempunyai siklamat.

Namun, Peraturan-Peraturan Makanan 1985 tidak membenarkan siklamat di dalam buah-buahan segar tidak kira sama ada yang telah dikupas atau sedia dimakan.

Menurut Pengarah Kanan Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), Norrani Eksan, pihaknya sedang meningkatkan untuk memantau ke atas pasaran tempatan terhadap produk itu.

"KKM meneruskan pemantauan ke atas buah nanas di semua pintu masuk negara dan pasaran tempatan bagi memastikan ianya mematuhi Akta Makanan 1983 dan peraturan-peraturan di bawahnya," katanya.

Tambahan, Seksyen 13(B) Akta Makanan 1983 memperuntukkan tiada seorang pun boleh menyediakan atau menjual apa-apa makanan yang diadukkan dengan mengandungi apa-apa bahan penambahannya tidak dibenarkan di bawah Akta Makanan 1983 atau peraturan-peraturan di bawahnya.

"Individu yang disabitkan boleh didenda tidak melebihi RM20,000 atau penjara sehingga lima tahun atau kedua-duanya sekali," menurutnya lagi.

Orang ramai dinasihatkan untuk tidak membeli, menyediakan dan menjual produk buah tempatan yang mengandungi siklamat.

Sebagai pengguna, pihaknya menyarankan pengguna untuk menghubungi pejabat kesihatan daerah atau jabatan kesihatan negeri terdekat atau melalui laman sesawang http://moh.spab.gov.my atau Facebook BKKM

Sumber: Sinar Harian, Kementerian Kesihatan Malaysia

Oleh: Muhammad Izwan Zainal
 

Filled Under :


*Kami mempunyai hak untuk memadamkan komen yang menyentuh sensitiviti/tidak bersesuaian.